Saturday, June 10, 2017

GALAK ANAK MINUM AIR MASAK

Geram tak kalau anak susah minum air masak?

Kak Erin geram sangat! Walaupun pada hakikatnya diri sendiri paling nyampah air masak. Patut aii susah nak detox dan kurus 😂

Tapi lain benar dengan Ninjas. Dua-dua Ninja peminum air masak tegar. Bagus kau nak.

Meh Kak Erin share tips bagi anak tergila-gilakan air masak.

1 >> Elakkan perkenal air macam-macam kaler dari awal usia. Sebab once tekak dia dah rasa air manis masam sedap semua, konfem dia rasa air masak tu yuksss hambarrr gitu. Bab ni Kak Erin memang sangat strict. Kata ada pengawas makanan kat rumah tu kan. Kah.
.
2 >> Sediakan botol air yang cantik menarik memang D' bomb untuk anak. Memang khas untuk dia dan sentiasa ada kat tempat yang dia mudah nampak. Dedulu Ninja besar guna botol air otomen, transformers dan batman. Tapi sekarang guna yang plain saja. Dah bujang katanya.
.
3 >> Guna botol yang ada straw. Bukan yang hirup guk guk guk itu. Mengikut kajian cuba jaya Kak Erin, guna straw lagi mudah nak minum air masak yang tak berapa sedap itu. Seolah-olah kita tak perasan pun minum air masak.
.
4 >> Walk the talk. Ni untuk mommy deddi lah. Ehemm. Kena batang hidung sendiri. Kah. Tunjukkan contoh yang baik untuk anak follow. Ni suruh anak minum air masak, dia sendiri minum air gas depan anak. Apa kes?
.
5 >> Sesekali boleh offer air manis sikit-sikit. Go for low sugar atau juice yang no added sugar. Ni semua masih tinggi kandungan gula tau. Kata je low kekononnya. But point dia nak kata, sekali sekala tu takpelah. Paling win blend lah fruit juice kat rumah tu. Blender buah cecantik buat perhiasan buat apa kan?
Ok selamat mencuba. Kak Erin pun tengah practise and belajar dari anak sendiri. Kehkeh.










No comments: