Wednesday, January 4, 2017

7 TIPS HANTAR ANAK KE TASKA ATAU PLAYSCHOOL

Siapa mommy pagi tadi tanpa sedar kolam mata bergenang hangat sebab first day hantar jantung hati ke taska atau playschool? Tiba-tiba teresak-esak dalam kereta rasa nak tukar profession jadi cikgu kat situ mengadap pengarang jantung kita tu. Ecece tak mengaku lah teww 😂

Meh Kak Erin share 7 TIPS HANTAR ANAK KE TASKA ATAU PLAYSCHOOL.

1. Kenalkan dengan taska dan cikgu atau pengasuh. 1 minggu sebelum hantar tu bawa anak round ke taska. Jumpakan dengan cikgu supaya anak tak rasa orang baru dan environment yang sangat asing.

2. Mulakan secara berkala. Ini sangat penting untuk anak yang first time nak pisah ngan mommy. Baru habis maternity leave gituu. Anak akan ada 'separation anxiety' iaitu salah satu daripada perkembangan emosi dia. So try dulu tinggalkan dengan suami atau nenek ke untuk 1-2 jam.

3. Play role. Mommy jadi pelakon sambilan lah. Ceritakan watak yang ada kat taska atau playschool tu. Apa aktiviti kat sana dan jumpa kawan baru. Play role dan teknik bercerita ni kita buat dengan nada dan cara yang menarik. So anak rasa seronok nak pergi taska.

4. Barangan lengkap. Elakkan kelam kabut pastu tertinggal macam-macam. Dan boleh juga selitkan barang kesayangan anak. Contohnya botol air Ultraman dia ke. Bila ada barang yang dia familiar anak akan fefeeling at home.

5. Boleh apply apa-apa yang selalu anak guna kat rumah untuk kesihatan dia di taska. Kan bila ramai-ramai anak kecil ni mudah berjangkit kan. Elakkan hantar anak ke taska kalau anak kita tak sihat ya. Untuk adil kepada anak kecil yang lain.

6. Peluk cium anak. Elakkan lama-lama sangat hai hai bye bye nak dekat 15 minit kat gate tu haaa. Pendek pendek sudah. Short and sweet gituu dengan penuh perasaan.

7. Ni paling penting. Elakkan patah balik sebab mommy sendiri tak hati kering. Hikhik. Kalau sebak dadaku mengalir air mata dari telaga ketujuh pun, nangis je kat dalam keta sampai ke opis. Then balik kerja on time dan pick up anak on time juga. Itu lebih bemakna.

Ok tu je. Selamat melayan perasaan teringatkan anak masing-masing sambil menunaikan amanah dan tanggungjawab di tempat kerja.

No comments: