Friday, July 24, 2015

Young Living Essential Oils RC & Thieves

Hati sangat gembira balik kampung time musim perayaan cenggini kan. Tapi bila kau dah jadik mak budak, bila nak menempuh suasana keramaian mesti terdetik rasa risau kalau anak terkena sakit dari sekecik-kecik jangkitan like selsema batuk etc sampailah ke sebesar-besar kes. At least aku mmg ada perasaan cenggitu. I am the type kalau balik kampung, siaplah satu bag aku pack segala ubat-ubatan berkaitan. Yang basic-basic macam ubat demam, selsema , pastu siap bawak supp besedia nak cocok dalam punggung kalau terkena demam panas ke memalam buta. Yes, I am paranoid like that. Eh used to. Balik raya this year, aku angkut bag Young Living aku je you. Ahha.

Part of my collection, Takpe, pelan-pelan kayuh. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.



My current routine if the Aryan(s) kena batuk, selsema - simple saja. Guna YLEO ni takdelah kau kena khatam study bagai then baru boleh guna. Dia sama ada kau sapu, inhale, diffuse atau ingest. The rest, let the oils do the job.

1) Kalau dah ada mukadimah nak selsema contoh cakap nafas pendek, hidung dah start berair
 - Aku akan terus apply Thieves on the soles.
- Layer dengan RC on the soles.
- 1-2 drops RC on the chest and back. Utk baby kenalah dilute because takut tak tahan panas. Tapi utk case aku, aii dah trial and error kat si Khalif. He is ok Alhamdulillah takyah dilute trus saja apply neat on the chest and back.
- Repeat every 2-3 hours.

2) Kalau prevention no 1 tak berjaya and bebudak ni tetap batuk selsema dengan teruk
- Aku akan teruskan step yg sama macam (1), tapi repeat every 30 mins for 3-4 hours.

Based on experience yang tidaklah seberapa ini, most of the time aku takyah melalui kejadian No 2. Sebab Alhamdulillah bila buat No 1, hidung berair tak jadi berair, tak terjadi blocked nose. Esok pagi inshaAllah lega. Batuk pun takkan kong kong sangat. Dulu kalau Khalif selsema batuk rileks 2 weeks mesti tak lari punya. Tapi skrang Alhamdulillah max 4 hari dah clear semua.Means more sleep utk aku lah of cos!

Mengikut kata sifu ada 6 oils for colds and flu  (I believe there are more than 6), but my armors so far are RC and Thieves.


Disebabkan teruja dengan pengalaman sendiri, memang gatal sgt lah aku nak share excitement dgn few people. And feedback so far Alhamdulillah. Aku keep mentioning yang the oils may work for my kids, but maybe will not work on you. Tapi mungkin yang work for you is oils jenis lain. Kena lah cari keserasian tu tang mana.




These really made me smile. And masa raya hari tu pantang nampak or dengar org selsema or batuk or deman, semua aku nak tala dengan YLEO. Ekekeke. Excited sgt weh since tejebak ini, semua benda aku nak try. There are more than 200 types of Young Living Essential Oils. Aku hehari dok pikir esok nak test minyak apa eh. Utk apa. On siapa eh selalunya on diri sendiri and laki aku lah. And of cos Aryans dah pasrah hehari kena lumur minyak . Ekeke.

Ok sekian. Tata.

*This statement has not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent disease.

1 comment:

AMIRA Ahmad said...

aku pun dah menambah koleksi..hehe thanks erin..