Monday, July 20, 2015

Salam Eid Mubarak from the Twin Towers on Raya ke-4

Ha seronoklah tu ko mash cuti kan? Kesian aku, dah tekontang-kanting masuk opis. Gigih ok kol 845am dah tepacak depan PC. Ekekek. Apa-apa pun Alhamdulillah 3 days of Raya were well spent at the hometown. Masih ada orang yg lebih tak bernasib baik apabila tiada keluarga pun nak celebrate Hari raya, Bersyukurlah selalu :)

Semalam balik Nilai from Batu Pahat redah jem 4jam setengah ko! Mampu?!! Aku dah patbelas kali bagitahu MNI suh patah balik. Tak payah redah jem ni. Baik kita balik Batu Pahat balik layan makan durian lagi bagus. Hari ni pepagi buta kita gerak lah before subuh ke. MNI tak layan aku ok, dia sanggup redah jem yg sepatutnya perjalan 2 jam, jadik 4 jam setengah. Halfway through, aku kata bagi aku drive, sebab aku dah tak larat manage panglimas 2 orag dalam keta. I would rather drive daripada manage 2 orang tu. Tahu plak MNI taknak. Dia pun tak sanggup kot! Ha tau pun. Itu taknak dengar pendapat aku suh patah balik tadi. Haih hangen je aku satu badan. Haish baru minta ampun hari raya.

This year turn raya di Melaka. Macam biasa, pagi raya after solat berkumpul at Rumah MakNgah. Seronok raya kat belah mentua aku ni sebab meriah most of sedara mara mmg tinggal di Melaka. So memang konfem ramai punya 1 hari raya tu. Cuma yg tak best nya cuma tekak aku lapar menu Johor such as lodeh kering. Pastu kuah kacang Melaka lain pesen ngan Johor oke. Johor punya kacang tak hancur sgt, pastu merah pekat pedas. Melaka punya kacang blend hancuss leburr, pastu kaler pale, tak pedas sgt.. Hah tak brapa kena dgn tekak JDT aku ni. Tapi aku suka makan, aku bedal jugak lah.

Before balik Johor pada hari Raya kedua, dah text mama aii bgth nak makan itu ini sekian list siapp. Sampai Johor trus melantak. Phewww lega tekak wehh.Ko dah kenapa kan, kat Melaka tu kau masak je lah ikut selera kau. Eh meh sini nak bgth, kitorang balik Melaka ptg raya tu. pastu aku g salon manja-manja diri sempena Aidilfitri. Balik rumah semua da siap masak ! Haha menantu contoh sangat aku neh kan ;p

Tema tahun ni kelabu + pink ! Baju raya aku dari EmelXLiyana Jasmay. Beli kat Zalora. Masa beli awal puasa sempit okei tang ketiak. Sekali pagi raya aii sarung smoothhhh gittew no ketat-ketat you! Hekhekkkk. Tudung sambar kat Sugarscarf. First time beli kat sugarscarf ni sebab tak kosa nak pin-pin bagai sgt dengan bebudak kecik tarik tudung aku pepagi raya khenn. Not bad jugak Madison ni. Buat muka nampak tirus weh. Padehal, bulat macam bulan.

Khalif suka benar dia pakai baju melayu & samping. tengahri tu dah siap nak tukar baju, mengamuk taknak bukak sampin. Ko dah kenapa nak pakai jeans dgn sampin? Eh sampin gambar Upin Ipin comels sgt weh. Beli kat Jakel Mall.


Keluarga Pak Brahim. Adik ipar baru bersalin. Baby boy in the house. Silalah Atok Brahim and Nenek Ajijah kumpul cucu laki buat pasukan bola :p


Beraya ke rumah Tok Teh. Suka depan main kucing. Gemok gebus semua. Siap nak bawak balik/

2nd Day raya MNI tak pakai baju melayu dah. tak kosa la aku nak bawak baju melayu banyak-bnyk.


2nd Day raya balik Johorrrrrrrr. Hip hip Horay !!!! (Baru kampung kan gambar )


3rd Raya - baju raya tahun lepas yg tak pakai lagik ! Tahun lepas pun ketat sana sini baju ni.This year sarung, smoothhhh.. Uikss teruja aiiiiii. Like like.



Raya ke-4 di opis. Choiiiii.Sessi men-detox and increase metabolisme dengan menelan Young Living Essential Oils - grapefruit, lemon and peppermint. Sedap weh. Aku harap berjaya membakar lemak rendang segala yg aku telan 3 hari lepas. harap-harap tak gain weight lah lepas raya ni weii. Penat aku rasa pakai baju longgar ketiak bagai kang. Ssesia je kang. Haisshhh.



*This statement has not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent disease.

1 comment:

Lenny Boniface Jubilee said...

Gambar family yang cantik.