Saturday, August 2, 2014

Salam perantau katanya

Oh my God oo my God ! Disebakan aku masuk opis makan gaji buta, keja melambak tapi malas so pura-pura takde keja pegi google nama sendiri. Sekali hamik kau keluar menatang ni. Hoih.

It was back in 2003. Masa anak dara muda remaja gittew. Tahun pertama di perantauan konon, tu macam nak gila hantar gambar masuk dalam salam perantau. Tak terpilih utk masuk sotkhabar hardcopy, dapat masuk utusan online pun jadi lah. Kahkahkha. Muka innocent pakau tudung bawal camtu tak boleh blah.

Pastu gila tamak taknak gambar ramai-ramai. Nanti muka jadi kecik tak nampak katanya. So amik gamba sorang-sorang depan bangunan university. Syahdu mmg lah tak terkata oi, gile kau beraya tanpa mak bapak. Itu untung jugak kawan-kawan pandai masak, merasalah jugak makan rendang pagi raya. Kalau tak, kau hadap lah coklat Tim Tam pagi pagi raya.

Kata org tua pengalaman tu mendewasakan kita ye dok. 4 tahun jugaklah tak balik raya ngan family. Masa final year kalau tak silap aku beraya dalam exam hall. Pakai baju ngerlip ngerlip sambil tunggu bas dan pegang nota nak amik final exam.Tiap tiap tahun mama akan pos kuih raya. Tapi bila aku bukak kotak, dia jadi serbuk kuih raya sebab mostly akan hancur. Yg ada rupa hanyalah kerepek kerepek made in Air Hitam Johor.

Aku tak boleh imagine nanti kalau anak-anak bujang aku dah tua bangka, dan tak beraya dgn aku. Especially kalao dah kawen and beraya rumah mertua. Ala la la acanne ni. Aku suh Aryan(s) kawen dgn anak jiran satu taman je lah, so boleh beraya dgn aku tiap-tiap tahun.


Nama dalam gamba kena hitamkan sebab tu ucapan special dedicated to ex-boifren ai. Kehkehke. Cinta jarak jauh la konon, rindu-rinduan ko tak dapat jumpa time raya. Layankan aje ok ;p



2 comments:

ieda ismail said...

hihi..tau sape ex akak tu...
very the famous mase kat smapl dulu...

AMIRA Ahmad said...

Hahah..epic la erin...