Thursday, October 3, 2013

Sawan demam (Febrile Fits)

When something unexpected happens to Aryan, of course aku macam nak hilang nyawa je rasa. It happened last weekend when for the first time Aryan kena sawan demam or Febrile Fits. Nauzubullah minta dijauhkan lagi dari terkena sebab aku rasa serik sangat.

On Friday tu, when I we fetched him from school I could feel already badan Aryan panas. But he was still active macam biasa. So i thouht demam biasa je lah. Malam tu bagi paracetamol and the temperature subsided. The next morning (Saturday), badan dia panas balik. But I still thought it was normal je sebab memang dia selalu demam on-off gitu. Bila bagi ubat temperature turun but after 6-8 hours temperature naik balik. Thats why I always bagi ubat timely to him. At about 1pm macam tu, I checked his temperature and unfortunately dah reached 39 degree. I always have the suppository at home, so aku masukkan la ubat tu kat punggung dia. And memang immediately demam sure kebah. But we decided to bring him to the clinic so at about 2pm camtu zass gi clinic.

Sampai clinic dr checked temperature just 36 degree. Tak demam langsung. Of course la kan sebab aku dah masukkan supp tu. Dr kata takut denggi lah ape lah (the reason I hate going to general clinin sebab dr tu akan buat pelbagai assumptions ikut suka dia). Dr advised to do blood test. And I said aku nak buat blood test kat hospital so please provide me with the referral letter and she did.

Then balik rumah sebab dr kata kalau tak panas lagi, after 3 days baru buat blood test tu.

Sementara tunggu Asar, Aryan gole-golek with me. Dia cerita pasal kat skola selalu makan mee lah ape lah, just like the ceria Aryan. But suddenly badan dia menggigil and dia kata mommy cold cold.. Aku peluk dia kuat-kuat gomol-gomol dia sebab dia mmg selalu main-main cakap sejuk lah, sakit perut lah, sakit kaki apa bagai sebab nak aku peluk dia. But I could feel badan dia panas balik. But the kaki ngan tangan sangat sejuk and badan dia mmg gigil bukan dia main-main.

So i told MNi lps asar ni kita trus gi PCMC. Buat blood test and apa-apa yg patut lah.

After asar terus siap and letak Aryan dalam stroller sebab dia dah tak active sgt, malas nak jalan. MNi tgh kunci gate rumah and aku tgh nak tolak stroller and suddenly MNi jerit "knapa Aryan tuuuu?". Aku tengok tiba-tiba his body macam menarik-narik. Kepala dia dah terteleng ke atas. Mata pun ke atas dah. And tangan and kaki serta the whole body kejang! Oh my God sumpah aku rasa macam nak pengsan but kena do somthing. But actually I did not do anything but cried.

MNi pun sama. Panic. Both of us had no idea at all on what to do.

Luckily our neighbours were outside the house tengah nak gunting rambut mak dia, bentang sotkhabar bagai depan rumah (and aku tak tau pun nama dia apa sebab mmg selalu tegur gitu-gitu je ngan jiran but now I know how important to really know your neigbours and be kind to them). Dia yang tolong and advised us nak buat apa, Dia suh letak ujung towel dalam mulut Aryan sebab Aryan dah getap gigi and takut dia gigit lidah sendiri, Then nyonya tu kepak and bukakkan jari-jari Aryan. Her brother plak lari masuk rumah amik ice cubes and lumur kat kepala Aryan. Aku mmg tgh pegang cold compressed pack but I did not bother to letak kat kepala Aryan sebab aku sibuk tepuk2 muka dia nak bagi dia sedar (which tak sepatutnya buat kalau anak kena fits).

It lasted for few minutes but no more than 5 minutes. But I felt macam sejam panik cenggitu. Bila badan Aryan dah lembik, then we knew he was conscious and tak kejang dah. Terus kunci pintu and g PCMC.

Sampai hospital nurse trus bukak baju seluar just pakaikan pampers only and basguh badan dengan air paip. kena tegur sebab Aryan pakai suar panjang siap socks lagik. Sepatutnya kalau anak demam gigil n panas gitu, kena turunkan tempereture dia, bukan bungkus dia pakai panas-panas. Aku selalu argue benda ni ngan MNi sebab dia selalu nak bagi Aryan berpeluh dengan pakaikan panas panas time demam. To me, aku nak Aryan bogel so that temperature dia turun.

Aryan warded malam tu sebab dr nak monitor. Alhamdulillah blood test semua normal. So on Sunday evening kitorang mintak discharged.

And I learnt so many things from this incident. Takmau kesalahan ini berulang :

- Kalau anak demam, jgn pakaikan baju. Even though dia mengigil kata sejuk, kita tetap kena lap badan dia dengan air paip. (I knew this fact, and malam yg sebelum kena tu, the whole night aku letak cold compressed pack kat badan Aryan. And tuam kepala dia. But masa dia mengigil sgt sgt tu, aku bagi dia selimut sebab kesian kat dia)

- Kalau kesian kat anak time dia gigil tu, lapkan dengan kain kering from freezer. Kain tu akan sejuk but not wet. So mengurangkan gigilan si anak tu. I lerant this from mak sedara yg anak dia mmg kena sawan frequently sampai umur 4 thn. So kat rumah dia sentiasa ada tuala good morning tu lipat lipat letak dalam freezer.

- semasa fits, dont bother to tepuk or goncang badan anak. Sebab dia tgh kejang and tak sedar. Instead, baringkan dia mengiring and turunkan temperature dia.

- Know exactly nama ubat apa, and bapa mg yang kita bagi pada anak. Sebab masa sampai PCMC dr tanya supp aku yg aku dah masukkan kat Aryan and bapa mg, hell no aku tak igt langsung. Aku just tau ubat tu nama Voltaren. Dr mesti nak tahu perkara2 mcm ni sebab dia nak bagi ubat jugak at that time so takut overdose. Ni pun antara sebab aku tak suka amik ubat kat klinik sebab konfem dia tuang ubat dalam bottle lain pastu letak sticker clinik kan. Macam mana nak tau nama ubat tu. Kalau kat spital, they will give the original bottle takde nak kedekut kedekut nya. So there is no reason not to read the label.

- And lps ni kalau Aryan demam 38 degree je aku kena start berjaga-jaga. Sebab febrile fits ni berkemungkinan berulang. What I need to do is to ensure kalau demam, dia tak boleh exceed 37.5 degree.

Bnyk lagi sebenarnya but aku tak larat nak cita. I felt so bad and rasa gagal menjadi ibu yg baik bila anak kena perkara macam ni. If aku tau tanda-tanda nak kena fits tu, inshaAllah aku boleh elak dia dari berlaku. Tapi aku redha, ada hikmahnya. At least now aku dah bnyk belajar and akan cuba sedaya upaya so that it wont happen again. Amin.

Read more about fits here:

SAWAN DEMAM DAN PERAWATANNYA

Assalamualaikum...


Apabila anak anda mengidap demam melebihi 39 darjah celcius anda
 tentu risau sekiranya mereka boleh terkena sawan demam atau febrile fits. Apatah lagi sekiranya anak mengalami kekejangan di hadapan mata, ramai yang tidak tahu berbuat apa-apa, menjadi panik ataupun hanya menangis. Lebih teruk lagi sekiranya ada pulak yang pengsan. Mungkin artikel ini sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk menghadapi situasi ini.



Rujukan saya adalah daripada Malaysia Clinical Practice Guidelines yang disusun oleh Pakar Paediatrik Malaysia diketuai oleh Dr. Hussein Imam - Ketua Institut Paediatrik HKL.




Apa itu Sawan Demam atau Febrile Fits?



Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Diagnosis sawan demam diberi sekiranya tiada bukti bahawa terdapat masalah di dalam otak ataupun masalah metabolik di dalam darah yang boleh menyebabkan masalah sawan berlaku.



Secara mudah, ini bermakna, sawan demam didiagnos apabila masalah-masalah di dalam otak seperti jangkitan atau masalah di darah seperti kekurangan garam tertentu telah diambil kira.



Sekiranya sawan berlaku sebelum umur 3 bulan atau berlanjutan selepas 6 tahun, maka ia bukan dikira sawan demam. (Semasa saya medical student dulu, kami di ajar sawan demam berlaku di antara 6 bulan - 6 tahun - lebih mudah hendak dihafal)



Apabila demam menjadi terlalu tinggi, ini akan mengganggu aktiviti otak dan menyebabkan sawan berlaku. Sawan bermaksud keadaan di mana kanak-kanak itu akan tidak sedarkan diri, mengalami kekejangan badan dan kaki, mata hitam akan memandang ke atas (uprolling of eyeballs) , air liur meleleh (drooling of saliva), dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.




Jenis Sawan Demam



Terdapat dua jenis sawan demam. Saya terjemahkan sebagai Sawan Demam Biasa (Simple Febrile Fits) dan Sawan Demam Kompleks (Complex Febrile Fits).



Sawan demam biasa adalah singkat, hanya satu episod sawan sahaja setiap kali demam dan terjadi kurang daripada 15 minit. Manakala Sawan Demam kompleks adalah berpanjangan, lebih daripada 15 minit dan terjadi berulang-ulang di dalam satu episod demam.




Adakah Sawan Demam Boleh Berulang-Ulang ?



Ya, sawan demam boleh terjadi berulang-ulang. Untuk anak anda yang baru pertama kali terkena sawan demam atau sering terkena sawan tetapi tidak pernah diperiksa adalah lebih baik sekiranya anak anda di bawa ke Hospital kerana beberapa pemeriksaan dan pemerhatian perlu dilakukan.



Risiko sawan yang berulang-ulang boleh berlaku sekiranya :-



1. Sawan pada umur di bawah 15 bulan



2. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang mempunyai penyakit epilepsi



3. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang pernah kena sawan demam dahulu



4. Terkena sawan demam dengan suhu di bawah 40 darjah celcius



5. Jarak masa demam dan terkena sawan demam adalah singkat



Ini semua adalah faktor risiko dan mereka yang mempunyai satu atau dua faktor risiko di atas akan kemungkinan mengalami 10% (1 di dalam 10) kes sawan yang berulang. Tetapi, satu kajian menunjukkan sekiranya semua risiko di atas ada, maka risiko sawan berulang adalah 100%.




Adakah Sawan Demam boleh Menyebabkan Epilepsi?



Epilepsi adalah sawan yang tidak mempunyai sebab yang jelas. Ia adalah impuls elektrik yang tidak menentu dikeluarkan oleh sel otak yang mengalami masalah mungkin sejak lahir atau di sebabkan kecacatan contohnya selepas kemalangan jalan raya atau trauma.



Tidak ada persetujuan umum oleh pakar tentang samada boleh a
tau tidak sawan demam akhirnya menjadi epilepsi. Apa yang boleh dikatakan ialah terdapat kajian yang menunjukkan bahawa 2% - 7% pesakit yang mengalami sawan demam akhirnya mendapat sawan akibat epilepsi. Dan 10% - 15% pesakit yang menghidap epilepsi pernah terkena sawan demam semasa hidup mereka.



Tetapi kajian lebih menujukkan mereka yang mempunyai sawan demam berkecenderungan mengalami epilepsi adalah mereka yang sering terkena sawan demam kompleks, sawan yang lebih daripada 3 kali di samping sejarah keluarga terdekat yang menghidap epilepsi.




Apakah Masalah Yang Akan Berlaku Kepada Anak Yang Demam Sawan?



Mengikut 2 kajian, mereka yang terkena demam sawan tidak akan mengalami masalah apa-apa dan akan membesar seperti kanak-kanak normal. Di dalam satu kajian di antara sawan demam biasa dan sawan demam kompleks, mereka yang mengalami sawan demam biasa dan sawan demam kompleks juga tidak menunjukkan apa-apa perbezaan di dalam pembelajaran.



Malah, ada satu kajian yang menyatakan mereka yang mengalami kes demam sawan mempunyai akademik yang lebih cemerlang daripada kanak-kanak yang normal !!



Huuhh!.. Ayat kontroversi nih... nanti ramai pulak mak ayah kat Malaysia yang nak anak mereka sawan demam...




Adakah Anak Anda Perlu Masuk ke Wad?



Mengapa anak anda harus ke Hospital? Ini adalah kerana supaya doktor dapat memeriksa dan memastikan bahawa anak anda tidak menghidap MENINGITIS atau jangkitan selaput otak.



Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk MENINGITIS dan perlu diingatkan MENINGITIS boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.



Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang terkena sawan demam akan bangun dari sawan dan bermain seperti biasa, berlari dan tidak menunjukkan tanda-tanda seperti lesu atau lemah. Mereka tidak perlu bermalam ke dalam wad. Cukup sekadar pemerhatian di wad pemerhatian selama 6 jam sahaja.



Sedangkan MENINGITIS, anak anda akan demam berpanjangan, lemah, muntah, menangis tak henti-henti dan di dalam kesakitan. Di dalam kes ini pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan dan anak anda akan ditahan di wad.




Apa Yang Perlu Anda Lakukan Ketika Anak Anda Mengalami Sawan Demam?



Sebelum Sawan



1. Ibu bapa boleh mengawal sawan demam dengan mengaw
al demam mereka. Ini adalah berkesan dengan cara mengelap anak yang demam dengan tuala yang basah daripada air paip atau air yang suam sedikit (jangan gunakan ais kerana ia boleh menyebab hypothermia).



2. Beri anak minum ubat seperti sirap paracetamol atau sirap neurofen (brufen)



3. Boleh beri satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam (ambil salah satu samada melalui mulut atau punggung).



4. Jangan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal. Pakaian tebal boleh menaikkan lagi suhu. Buka pakaian anak dan letak di bawah kipas. Lap dengan air paip ke seluruh badan.



Ketika Sawan



1. Jangan Panik. Cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku.



2. Longgarkan segala pakaian.



3. Jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah.



4. Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan.



5. Lap apa-apa yang lendiran atau air liur yang keluar dari mulut.



6. Duduk bersama anak anda sehingga sawan tamat.

Setelah Sawan


1. Baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ini akan mengelakkan daripada muntah atau lendiran masuk ke dalam paru-paru.

2. Jangan beri anak anda minum ubat atau air, atau makan sekiranya anda tidak pasti anak anda telah sedar sepenuhnya.


3. Bawa ke klinik atau hospital. Biasanya doktor akan masukkan rectal diazepam 5 -10 mg untuk mengelakkan terjadinya sawan demam daripada berulang atau sawan yang berpanjangan.



4. Masuk ke wad sekiranya perlu.

Wallahu A'lam.

3 comments:

Teefa Rosly said...

Ya Allah.. kesiannya aryan. dia dah ok tak ni? anak don pon sama kene fits kan? aku tak pernah tau psl fits ni. pernah jgk afif demam smpai 39C tp aku ignorant tak terfikir psl fits.. thanks for sharing!

crystalmerah said...

Tu lah. Aku pun so ignorant but bila dah kena sendiri baru menyesal :(

Hasnah said...

Alhamdulilah.. semua selamat. Moga lepas2 nie aryan xkena dah. Biar la sekali tue jer kena. Amin