Friday, December 7, 2012

3 amazing years

 
Wahh gitu.. Pejam celik pejam celik, eh dah 3 tahun dah usia rumahtangga kami :) Alhamdulillah. Sgt bersyukur dapat hasben macam MNi.Ala kang tulis macam-macam kau kata ayat cliche, memanglah semua orang kata hasben dia yang terbaik. Kehkehk.Apa-apa pun, these 3 years of marriage I believe is still a beginning. There are still a lot more suprises to be explored. But aku memang sentiasa ready untk mengetahu dengan mengenali MNi ni dengan lebih lanjut. Apsal macam ayat berita ni. Entah.
 
Kau gile ke kata kawen tak best. Best ok. Sapa kawen lambat tu rugi. But He has better plans for us kan. Itu semua jodoh, it's just a matter of time. Semoga jodoh kita ni kekal dan rumahtangga yang dibina menjadi medium utk ke syurga. Insya Allah.Amen.
 
Heh nak story pasal celebration ni.. Jeng jeng jeng. Ala takde menda sangat pun dek non nak share. Kan aku dah kata, gugel dengan gigih, tapi takde satu tu yang di-implement. I tried to do surprise lah kekonon. Semenjak berkerja di bawah satu bumbung Tower yang sama ni, boleh la kita menyelinap masuk ke opis dia. Gigih ok aku masuk opis MNi maghrib-magrib nak letak hadiah ngan kad punya pasal. Niat di hati nak letak cupcakes kat meja dia, so pepagi buta tu smapai opis like tada..! Ada cupcakes, kad and hadiah atas meja. But aku takut cupcakes tu basi sebab tak masuk fridge. Sebenarnya basi ke tak? Kalau tak basi, next year aku letak.
 
Presentation hadiah mesti kena menarik ye. Tengok tu kotak beli instant kat Memory Lane. Dalam kotak kita letak ayat cenggitu. Bila angkat ayat tu, baru nampak kotak hadiah ! Menatang dalam kotak hadiah, biarlah rahsia :)



As expected lah. Pepagi sampai opis MNi message la cakap thanks for the surprise gift. Kang tak message aku cakap thanks kang, ada yg muncung aku boleh sangkut baju dari pagi sampai ke petang kan! macam dia tak kenal bini dia ni.

Tengah pulak buat kerja bagai, ada call masuk. Akak ape entah nama dia, suh amik barang kat bawah. Ohoi ada something for me. Sekali dapat bouquet of flowers yaw ! Walaupun aku mengharap dapat delivery periuk atau pinggan Corelle one set, dapat bunga pun aku super happy :) Of cos la hati bunga bunga gitu. Naseb baik pak gurad bagi bawak naik bunga itu. Sebab kan kompeni ni no gift policy. So kekadang ape kebenda hadiah dapat kita tak boleh trus amik, kena declare bagai. kau gile ke hape dapat bunga dari hasben sendirik pun kena declare! Toksah nak mengarut ye.

 
Gamba yg seblah tu is bunga dapat tahun lepas. Masih simpan ye. Kan tak rugi bagi bunga kat wanita, sebab kitorang mmg simpan sampai kering kontang pun simpan.
 
Sesudah itu, mmg buat kerja otak melayang lah kannn. Hakhak. Tengahari kami tak dating dating pun ok. Selalunya memang tak lunch sesama pun walaupun opis selang 10 tingkat sahaja. Lunch pepandai lah bawak diri masing-masing isi anak tekak. Memang tak lunch seasama, tapi suka hati jugak bila dapat delivery Subway fevret saya. Ngee. Gamba subway ni pun kau nak tepek kat sini. PPfftt -________-
 

 
Dinner baru lah kita pergi dating ! Kalau tanya aku nak makan kat mana, memang konfem aku nak makan dalam KLCC je. Sebab taknak tempuh jam time peptang and nak ke maghrib tu hazab ok trafik kat KL, pastu kat KLCC senang nak solat maghrib boleh naik opis, parking dah free sebab baya season ticket, and bnyk lah lagi perkara yang aku suka kat KLCC ni. Less complicated katanya. Aku pun taknak la ketuk lakiku itu pegi makan benda tak sedap. Hoh. Last-last pegi makan Chilis je. Boleh? Takdah candle light dinner bagai di hotel ye ;p Ok lah tu, tempat fevret kami berdua, makan kenyang food sedap, hati senang.Period. Chilis ni mmg ada sentimental value to both of us. Entah kenapa entah. Aku takde jawapan.

As usual tu fevret Mni. Pe kebenda ntah nama- lamb, nasik ngan jagung. Portion kemain besar but dia boleh habes skali ngap je. Tu aku makan ala-ala sopan malu kucing Big bites hapa aku pun tak igt tajuk makanan. Selalu aku melantak burger besar, tapi bila anniversary jadik segan plak nak bukak mulut besar2 gigit beger. So order yg kecik kecik nampak ayu ketika makan. And of cos tu kena ada molten choc cake, stok potong kaki dia punya manis. Tapi sedap sangat, aku telan habes licin.


Ha romantik jugak makan kat KLCC ni. Menikmati keindahan taman, daripada petang sampai ke air pancut keluar, tak reti-reti nak balik. Tapi cantik kan, meriah sangat.




Begitulah kisah anniversary kami yang keTIGA. Memandangkan ianya pada hari bekerja, so kami balik rumah before isya. Lagipun kesian Aryan tinggal lelama kat umah babysitter. Ikut hati aku nak paksa MNi teman aku tgk Breaking Dawn,tapi dok teringat Aryan. Pray that our marriage will be blessed. And aku dapat menjadi isteri solehah dan ibu Mitahli to our little khalifah. Eh takde langsung nama Aryan dalam entry ni heh. Kasi chance kat mommy & dedi ok :D


1 comment:

Wawa Tasliman said...

Happy Anniversary.. :)