Tuesday, July 3, 2012

Letaklah tajuk pape

Semalam saya termarah Aryan, dan dengan bapaknya sekali aku hambur. Marah, penat, kusut masai semua ada.

And lepas tu, aku menyesal.

Aku tengah off my contact lense, today is day 3. So semalam first day pegi opis pakai spec. Memang ugly betty pun sebab spec aku tebal nak mamp. Kau imagine la spec ber-power 1200 sebelah, tak berpinar kepala otak?

Memang berpinar pun kepala aku. Sehari suntuk kepala rasa sengal and macam ada batu. Pastu lari-lari meeting meeting meeting. Apehal la kerja ni bnyk meeting entah.Pastu tengok je PC, mata aku dah berpinar. Mungkin kesan spec tebal aku tu, otak pun sakit. Sepatutnya kena bagi aku MC, tapi macma mana aku nak bgth dr eh saya nak MC sebab tak comfortable pakai spec? Macam tu ke.

Well, pastu MNI dah balik Miri. Balik dari opis , amik Aryan, main ngan dia dan sebagainyalah. Pastu Aryan merengek takmo letak nak dukung, aku gerak sikit nanges, entah kenapa dia tantrum. Itu tak pelik sebenarnya utk aku sebab mmg si kecik ni tantrum kalau daddynya takde. Dia akan jadik ngada2 and menguji kesabaran aku. Pastu aku marah dia sebab dari kol 6ptg sampai kol 930 mlm dia nanges nak dukung. Kau tak hangen? Selalunya aku layan, tapi semalam sakit kepala macam kene hempap bukit sebab tu aku marah. Astaghfirullah. Lepas tu aku peluk la dia pujuk-pujuk, tapi dia nanges jugak sampai tertido.

Then called MNI nak ngadu naseb. Dia tak caya Aryan tantrum sebab selalunya kalau dia ada, Aryan ok je. Tak percaya cakap aku, then aku kena tazkirah dengan dia.

Ketahuilah aku tau tu suma tanggugnjawab and aku bukan nak komplen kata aku hehari penat and taknak jaga anak. Sesungguhnya aku call tu, nak meluahkan perasaan, dan suh laki aku dengar je luahan aku. I did not ask for even a solution. Sebab aku sendirik pun dah tau jawapannya.

So wanita tu kalau dia bebel ke meluahkan perasaan ke, just dengar pastu kata ooo ye ke..hmm .. ooo..
Itu pun dah cukup. Jgn torture kami masa kami tgh bebel. Dengar pastu summarise, tak perlu bagi solution. Kalau nak solution, kami akan mintak. Itu sahaja.


2 comments:

Rai said...

kesian aryan..kesian awak.. semoga cepat sembuh dari sakit kepala.. kalau saya nak mintak mc cakap je sakit kepala..mmg sakit teruk.. tak payah la cakap sbb spek ke apa ke..biasanya ok..tapi tgk doktor jugak kot..

orang lelaki memang biasa macam tu.. kita cakap bukan nak mintak solution ke apa..sbb nak luahkan je.. end up kita jadi lagi rasa tak puas hati kadang2..

mrs. rahman said...

sangatttt like post ni.... kadang2 bukan nye kita nak mengeluh jaga anak... cuma nak meluah perasaan je dengan harapan dia akan calm kan kita, tapi bila kena bebel balik, haih... tak jadik ape la...

penat kan jaga anak sorang-sorang... i know how u feel... :(