Friday, July 8, 2011

BF ADVENTURE

Sempena hari Jumaat lunchtime yang panjang, dan aku takde nafsu langsung nak turun leburkan duit plastik kat Suria nun, moh kita bebel-bebel di sini. 

Just sharing my personal experience that recently happened to myself. Mengenai apa ? Dah kalau kata mak orang tu, tentulah cerita adalah berkenaan dengan dunia mak-mak orang. 

Dah bapa banyak kali aku kabokan, breastfeeding is not an easy task. Especially for working mommies. (so skrang aku ada perasaan bangga diri sikit. Ahha). But of course takkan ada mana2 ibu pun kata yang diorang tu rasa terbeban utk full-breastfeed anak diorang. I am a bit relief sebab nowadays people are more aware on the importance and most companies start to support mommies yang masih menyusukan anak2 diorang ni. 

Tapi last week aku bebetul hangen satu badan. Al-kisahnya, I am required to attend an event during weekend. It is on Sunday morning (read: pepagi buta sebelum subuh kena ada kat sana dah). Disebabkan bende alah nye pagi sangat, we are required to overnight there on Saturday. And it is on twin sharing basis. Of course, being a BF-mommy, I wouldn't want to leave my baby. Si cumel tu memalam kang mencarik-carik aku acanne. Tau plak MNI nak handle ? No, it's not the matter of 'boleh ke MNI handle'. Or a matter of aku takde maid kat umah nak jaga baby kalau tinggalkan overnight. It's the matter of  my responsibility to BF my baby. Dah la siang aku sumbat dia dengan susu botol kat rumah babysitter (EBM), dah tu memalam takmo jugak BF si cumel tu. Sungguh, aku tak sampai hati. Kalau darurat sangat sangat aku mungkin boleh consider. Ini I have options kan.

So I told the others, if I were to stay overnight, I will need a single room because I need to bring my baby along. Dah tu kalau dah bawak si montel tu, of course la aku kena bawak MNI. If not, time aku bertugas, sape plak nak jaga Aryan kan ? Pastu kalau bawak Aryan & MNI, takkan aku nak share bilik ngan orang lain plak . Like hello it's as simple as that. To be fair with others, I rather NOT to overnight and will try my best to keluar rumah pepeagi buta and be there on time. Tak kesah la aku kena kuar umah kol 4 pagi pun.

But they insist me to overnight. Mungkin sebab tak yakin aku boleh bangun pagi, atau takut aku curik tulang tak datang langsung ! Kehkeh.

But pasal nak single room tu, aku menjadik bahan ketawa. Contoh :

"You nak single room  ke? Eh you boleh share bilik dengan ibu lain yang menyusukan" <-- Apa kau igt aku nak breastfeed secara berjemaah. Dah sah laki aku, and laki ibu lain tu pun ada, kau expect nak share room kah ?

"So you actually nak bring your husband lah. I mmg tak bawak my wife. Dia nak ikut pun I tak bagi" <-- Faham tak yang aku actually nak bawak baby. Tapi sebab aku bukan robot yang boleh buat kerja sambil jaga baby, aku kena angkut husband utk tolong aku.

"I tak bawak husband. Come on, give me a break" <-- Aku takmo break break. I know how it feels kalau husband selalu takde, Being there in long distance marriage. So i mmg takkan take things for granted. Memang selalu org kata nak space bagai. Ini ayat kalau kau tak pernah rasa long distance marriage macam mana. To me I want to be with my family always.

"Ok lah kita bagi dia single room.. Yang lain boleh share 3 orang sebilik" (dengan nada sungguh sakastik) <-- Takyah la kau buat nada sakastik yang buat aku rasa bersalah. Fine..fine..

Of course mereka berkata dengan nada bergurau, dan disambut oleh hilai ketawa oleh org-org lain. (ramai okeee). At first I could accept it as a joke, but bila lama-lama bende tu makan dalam oke. I was like 'eh breastfeed ni kelakar, jijik, funny or tak diterima akal ke oleh kau orang. Yang tak habes-habes mocking at me tu apa kes?'.

Ok dah habes cerita itu. Perhaps it doesn't sound annoying to you. But to me, aku rasa sebak kat situ jugak masa orang tengah ketawa-ketawa tu. Nasib baik air mata tak menitis. Yep the lembik me. Maybe it's difficult to understand macam mana perasaan BF-mommy ni. Not until you become one. Ada jugak few frens yang kondem mommies yang selalu cerita about their BF journey kat blogs, or post their EBM photos at FB, or tweet on how happy they are kalau dapat EBM ber auns auns (camni ke eja auns as in 'oz'?)..To them BF is something that you don't have to warwarkan kepada dunia. Even the matured adults (dah adults sure la dah matured kan. Duh), couldn't accept cerita-cerita BF ni. 

It depends on you people. To me I really salute BF mommies and I understand how the excitement if we could go through the BF journey. I write about my BF experience here in my blog. Seingat aku tak penah lagi aku post kat FB or tweeter. If tak suka, kamu boleh berambus. Kalau ada kawan2 yang post EBM bagai kat FB, kau hide je lah dia.. and kalau kat tweeter, kau unfollow je lah. No need to kondem them k ! Mungkin kau boleh kondem sekarang because you are not yet a mother. Once you become one of us, I bet you will understand how it feels.

Last but not least, knapa kalau mommies yang nursing in public (of course la kau pakai nursing cover kan), kadang-kadang dipandang jelek oleh sesetengah pihak, padahal kalau yang sexy -mexy gilak tu, dipandang sungguh normal? Macam cartoon ni haaa. Somehow it's very true and it;s happening in our community kan ??



7 comments:

Zaza said...

aku skang selamba je pam kat cubicle. heh. lantak korang laa...anak aku lapo ada korang nak hulur nipple korang? hahahah

crystalmerah said...

haha..i still dont have the courage nak pam kat cubicle. Sebab aku sorang je pompuan kat dalam bustle ni. Agagaga. U go go mommy Ali :)

Princess of Babbles said...

Weh aku adalah sedih baca post ini walopon aku blom jadik mak orang. Committee member mane ni yg dok sarcastic ngan ko? Stress pulak aku ngan depa ni. Sabar la erin. Dulu kecik2 diorg ta cukup di BF agaknye tu la simple things pon takleh nak pk.

Ryehanna said...

omg.. so freaking true!!

knp eh bf ni mcm taboo plak? mcm xleh didiskas scr open? serius xpaham...

and yes, if i were in ur shoes i would bring my baby along too.. ni tgh sedey xdpt bwk baby pergi training (bina semangat) kat PD hujung bulan ni... huhuhuhu

crystalmerah said...

Teefa : Ada la org-org itu.. hehe. abaikan , aku bolayan jek.

Rye : kann? hermm goodluck k :) stay strong :)

Mrs.Qarlista said...

tadi pegi hantar delisha pi check up. time tunggu turn sempatlah BF die kejap.

"ade sorang akak ni tegur la. senangnye nyusukan badan, tak payah bawak botol. tak kerja eh?"


i just smile and i said "kerja"


ade lagi certain kelompok masyarakat yang anggap wanita bekerja will not able to BF their children. tetibe rase bangga kejap. hehe. tu belum campur lagi kelompok masyarakat yang pandang BF ni sebelah mate kan.

:P

aliza hasan said...

erinku...apelah faedahnya org2 bkenaan berkata dan menjudge (none of their 'hak' pun) sedangkan kau bjuang utk amanahmu (si montel)...tetaplaa dgn prinsip - salut BF mommies - korang hebat!!