Thursday, April 28, 2011

SUNYI SEPI

Tup tup dah hari Khamis. Yeay ! *padehal nak melalui hari Isnin-Rabu tu satu penyeksaan menunggu weekend*

Tajuk adalah berkenaan dengan kehidupan kami laki bini. Jgn silap kefahamn oke.

Dulu I was a person yang ketawa berdekah-dekah kalao tengok TV kat umah. Kalau cita kelakar la. Apa gila tengok Mantera Anjasmoro kau ketawa. Hilang akal namanya. Eh btul ke tajuk cita tu camtu. Dedulu episod 1-3 aku tengok lah sebab masa tu belum takut lagi perjalanan cita tu. Now dah tak tengok. Lagipun malam Jumaat kan, tak sesuai. Eh.

Tapi sekrang aku dah takleh bedekah-dekah kat rumah. Sebab ada pengawas macam kat skola. Bila aku bising sikit je, mulalah ada suara yang 'Shhhhhhhhh senyap'. Terkial-kial aku nak mengawal suara yang mmg macam halilintar ini. Btul aku tak tipu macam hidup dalam library. Kerana apa? Sebab Montelo nya time tido ialah kol 830PM. Padehal masa tu la sibuk baru balik kerja, kelengkang kelengkung memasak di dapu, konfem la memekak kat umah tu kan. MNI ni pandai, dia takut Montelo terjaga. Sah dia yang kena tidokan semula si kecik tu. Itu yang dia taknak.

Pastu kalau dah angkat Montelo masuk bilik, time tu la sebok mak bapak nye nak mandi lah, amik baju segala. Memasing tedingkit-dingkit jalan dalam bilik. Sebab lantai dalam bilik tu lantai murah kalau jalan ada bunyik-bunyik sikit. Aku plak tak suka karpet sebab bulu-bulu kapet tu rajin tecabut. Tunggulah aku dapat duet tepijak aku beli kapet inport dari Iran. Heehu.

Dah rupa ini laki bini sebab takut Aryan terbangun.


Nak cakap pun kena bisik-bisik. Bukak suara TV pun sayup-sayup. Eeeii ape TV cakap sepatah haram aku tak dengar. Tengok gamba je lah.

Ok dah. Tapi tak kesah la. Janji Montelo tido tenang, tak ngamuk-ngamuk and mmg bagi chance mommy spends time ngan daddy. Heehuu.

Ok dah bye.

No comments: