Sunday, March 27, 2011

PERUT STOKIN

Dah lama rasanya ai tak buat review pegi jalan-jalan carik makan. Tapi yang aku gi makan semalam ni, memang wajib tulis. Seress sedap ya amat.

Meh kita tulis entry yang lebih detail sempena hari bersantai di hari Ahad.

Alkisah semalam aku habeskan masa kat salon. Eeww dah 9+3 bulan diri ini tidak terurus and aku rasa rambut aku mengalahkan hantu kak limah tu hah. Mungkin elok siikiit je daripada Kak Limah. Kan aku ada laki yang sungguh mithali, maka MNI lah jaga Aryan semalam. Aku janji nak balik umah pukul 5 ptg. Tapi apabila jam menunjukkan ke pukul 5.45 ptg, nyonya Pauline tu still tengah iron-iron rambut aku. (Dah rambut kau tu menggerbang-gerbong, taknak terima kenyataan. Nak jugak pegi buat teknik rebonding kaaann).

Dah gelabah sebab lambat, I texted MNI kata nak makan ape. Takpe katakan saja apa jenis makanan, akan kutapaukan untukmu sebab aku dah lambat kan. And he texted me back 'takpelah, syg balik je rumah terus. kita makan luar malam ni'.. Yabe dabedu, tiada unsur amarah di situ. Malahan nak pegi banje aku makan lagi ada. I lap you dedi.

Guess where did we have dinner last nyte. Yang aku rasa sedaappp nye food dia !
Tada..!!

Ok gamba kedai tak sempat snap, sebab aku jakun gila dengan kesedapan makanan.

Khan Baba Restaurant.
Arabic, Pakistan & Western Cuisine.
Jalan Jernai, Gombak (dekat belakang Plaza Idaman)

Ni nama dia Mandi Lamb. Eh bukan nasi bermandikan kambing. Kambing dia letak tepi-tepi jah. Nasi dia, kau nak tau ya Rabbi punyalah lembut. Macam diletak softlan agaknya. Walaupun aku bukan pemakan lamb, aku sumbat gak tekak ni sebab nak rasa. Eh sedap jugak. Pastu portion dia punyalah banyak. We ordered 1 je, kekonon nak sharing is caring. Last-last aku makan 6 suap jahhh. ya ENAM saja sebab MNI dah bedal semua. Aku isteri yang baik, apa pun dahulukan suami, bagi perut suami yang kenyang. Padehal portion tu untuk 2 orang kot ;p Harga : RM19.90

Ni Chicken Tekka. This one aku yang order. Tapi tak makan sangat sebab dah kenyang makan roti naan. chicken tekka ni memang berasa lah 'tekka' nya. Tak kering, sangat juicy gitu. Dihidang bersama chips dan sayur mayur sikit. And sos putih tu, ape ke nama aku tak tau, pun merveles. Harga: RM 14.90

Ini nama dia cheese naan. Oppps kau jgn ingat ini naan sama macam kat kedai mamak ok. Ni special sikit. Naan dia pun tak kering, cam lemak berkrim disukai ramai gitu. Naan ni takdelah buat aku meleleh sangat. Yang meleleh daal nye (ok cita kat bawah). Harga: RM 3.50 sekeping.

Ini lah mixed daal yang buat aku meleleh leleh air liur tu. Seriuss sedap ! masa rasa first suapan, aku pandang MNI, MNI pandang aku. Like speecless gila tak terkata. Then after senyap 3 saat tu, kitorang dedua cakap 'sedap gila kannnnn'. I am not a fan of Indian food. Selalu kalau daal roti telur naan segala, aku pandang sebelah mata jah. Sebab tak suka. Tapi daal ni memang aku makan sampai menjilat jari. Siap berebut lagi ngan MNI. Heeeeh tu namanya perut stokin. Siap nak tapau bawak balik sebab kekonon macam tak habes, tapi in the end hamik kau, licin mangkuk tu. Harga: RM5.00.

So total damage tak hengat la exactly bapa campur dengan air segala. Tapi yang pasti it's less than RM50 ! Gila kau, aku siap suh MNI bgth waitress dia salah kira kot. Kerana kitorang pernah makan kat satu kedai Arab ni bernama Al-Rawsha along Jalan Damai, makan 2 dishes dengan air kurang bape hengget je RM100. Mahal okeee. Thats why aku tekejut kat Khan Baba ni melantak portion besar2, sekali less than RM50. Apekah?

Kesimpulannye, aku highly recommend ini restaurant. Kena gi awal sikit sebab lepas kol 9PM orang semakin ramai. Kitorang sampai dalam kol 8.30PM camtu, mmg just nice. Tempat cosy, air-conditioned membuatkan Aryan tido dengan nyenyak dalam Maxi Cosi nya, membenarkan mummy & daddy nya melantak sampai balik umah tebongkang kekenyanyan.

Dah jom nyelit gamba off topic sikit. tadi gi jejalan KLCC. Kau tak boring ke keja sana, weekend pun jejalan kat sana? Oo kitorang gi beli hadiah besday MNI. Dah bezaman besday dia baru aku nak belikan hadiah. Aku tarik jugak dia gi beli hari ni sebab takut sale habes. Kang jikalau sale habes, kopaklah aku beza gila tuuu rega. Gila kedekut kau dengan laki sendiri haha. Alaa tahun ni aku keja normal macam org lain, takde side income gi attachment, so hadiah pun bajet ciput. Blueekk. Aku tengah fikir nak mintak hadiah besday ape kat MNI ni memandangkan dia plak tengah attachment tahun ni. Lalala ~

 Tu rambut baru rebonding okkk. Melepet bagaikan daun pisang layu. Aryan sangat behave bila dibawa beshopping. Tiidoo saja =)

2 comments:

Siti said...

Khan baba tu really near my parent house tapi x pernah g mamam situ... Pas u cite ni, terasa nk tarik hubby n anak2 balik KL...*perut berkeroncong*

aliza hasan said...

ooo belakang plaza idaman ye...tak yah laa aku gi jauh2...selama ni kalu nak makan nasi mandi, aku cari sampai kat sri petaling woo...restoran al-diafah...ermm...haruslah belajar masak nasi tu...sedapp sangat...