Monday, February 28, 2011

SELAMAT TINGGAL

Banyak benda yang nak diselamat tinggalkan..
  1. Berpantang
  2. Kampung JB
  3. Double-hood life (ade ka mcm ni. Aku nak kata hidup berdua dengan hasben. Agaga)
  4. Cuti 60 hari
  5. Privacy hidup sendiri
dan banyak lagi. As for now I am still adapting. Hoh still still still. Sampai bila lah labu? 

Keadaan sekarang? Now we are back to our own crib. It is so torturing kau. Gila semua benda nak buat sendiri. Itulah sape suruh manja bebenar time pantang suma mama siapkan. Katekan saja, segalanya di depan mata. Now that I stay dengan Montelo je kat rumah 2 orang bila MNI gi kerja, ha hamik beketontang aku nak buat keja sikit je, Hadif dah ekkkk. baru nak duduk sikit je, dia dah ookkkkk eeekkkk. Aduhai menguji mental dan fizikal sungguh. Thats why I said, Im still adapting ! Apa pun, aku lagi suka balik rumah and hidup sendiri, even though sungguh la mencabar begini. Ni belum start kerja lagi, but I believe everything is manageable. No worries sebab aku yakin aku superwoman. Lalala.

Rasanya macam nak elaborate segala bullet point di atas tapi satu per satu lah hokei. Ini Montelo tengah rileks sedap atas riba aku while Im typing. Jap lagik sure dia eeekkkk. Oh ye, si kecik ni dah takmo berletak sekarang. Tido pub nak dipegang ! Aku memang hangen betul sebab dari dia berusia sehari lagi aku dah kata aku takmo ajar dia berpegang, bekendong segala. Sebab in the end, aku yang bakal susah nak buat kerja. Tapi disebabkan kedua-dua nenek Montelo ni macam kemaruk sangat dsapat cucu, habes dipegang je Hadif ni. Baik Hadif berjaga ke tido ke. Asyik berpegang jah ! Sawan aku dibuatnya. Orang lain senang la cakap, 'alaa dedulu pun bebudak semua kena pegang, ok je membesar sihat jah !' Kau gila ke apa nak samakan zaman dulu dengan sekarang makcik? Dulu mak-mak tak bekerja. Boleh la nak mengadap pegang anak 24 jam. Sampaikan tido malam pun nak berpegang, Aku ni working mother. Celah mana nak kendong anak 24 jam? Ini aku nak shi shi, mandi, masak segala suma tak dapat. Dah tu malam aku tak payah tido la keja nak riba Hadif sebab dia nak tido berpegang? Maka aku masuk opis esoknya tu, tesengguk-sengguk. Dah baik benti keja kalau cenggitu.

Bila aku cakap lebih2, kang kata cerewet sangat dengan anak. Takleh pegang la hape segala. But I'm doing suma itu utk kebaikan Hadif dan ultimately kebaikan aku dan keluarga ok. Dah kalao nak bepegang je, suh MNI pegang manjang, dia pun hengen. Tak pasal2 aku laki bini plak yang perang baling pinggan. Hoh susah betul nak bagi orang sekeliling ni paham. Tapi aku cakap jugak la bebaik kat diorang, supaya mereka faham dengan situasi ini. (Kalau lah nak faham? )

Tolong. Mcam mana nak buat kalau baby dah takmo letak baik berjaga mahupun time tido? Biarkan dia menangis sampai keras? Eh kang kata aku mommy yang kejam pulak. 

Eee tekanan perasaan sungguh aku macam ni.

Dah. Anyhoots, aku dah tak pakai 2 menda alah ni ! Ni la teman baik aku selama 44 hari berpantang. Bengkung 14 metre and batu sungai utk bertungku. 44 hari tak miss pakai benda alah ni. And now I am free !! Results daripadanya - perut kempis, rahim kecut dan peranakan terletak. Tapi berat badan aku still tak dapat pre-Hadif weight. Hoh.