Tuesday, January 18, 2011

RUTIN BARU

Eh tak sangka pulak coverage P1 Wi Max kat Taman Desa Harmoni ni superb. Aku ingatkan area ni ala-ala ulu ;p Yes peeps, I am now in hometown, JB. Berpantang di sini. Memula berangan nak berpantang di KL, tapi kena mara ngan suma orang sebab celah mana nak carik tukang urut segala kat sana. Of course lah ada, but agak susah nak carik yang betol-betol mengikut praktis-praktis orang lama cam betungku, tuam, sengkak dan sebagainya. Ya, family saya ni sangatlah menitik beratkan amalan berpantang. Haii sabo je lah.

Dan rutin harian dah totally berubah ok. Hari ni dah habes berurut and badan terasa ringan dan sangat sedap. Tak sengal-sengal lagi, just bisa stitches tu still terasa. Duduk pun masih mengepot-ngepot (bak kata Mak Eton si tukang urut itu. Hehe).

6.30 am : Breastfeed Hadif supaya Hadif lena and mommy dapat mandi dan membela badan sendiri.

7.00 am : Mandi, shampoo rambut, berendam air ubat & garam, and bilas mandi dengan air daun mengkudu campur daun ntah hape-hape lagi. Maaf, saya kurang arif, Tau mandi jah.

8.00 am : mak Eton dtg mengurut. Start esok Mak Eton tak datang dah, so skip la mende alah ni.

9.00 am: Bertungku dan bertuam. Ini mama wajib buatkan. Dia kata bagi rahim semua kecut and perut tak meggelebeh. Berungku pakai batu sungai hokei ! Tak main dia punjut-punjut herba or tungku moden itu segala.

10.00 am : Pakai param, pilis, lilit bengkung yang sepanjang 15 metre itu. Of course aku tak lilit sendiri. Tau lah plak aku nak buat tocng bengkung tu? Haraplah. Mama yang lilitkan. I already bought Leesa formula nya bengkung, tapi mama tak bagi pakai sebab dia tak grip sangat. Nanti perut lambat mengempis katanya. As loing as mama sanggup nak lilit bengkung panjang tuh, aku layankan ajeh. Hulur je perut kat mama, dia settlekan semua =)

10.30 am: mandikan Hadif comel. Bela badan dia pulak. Massage Hadif dengan minyak herbanika. Then tuam badan Hadif dengan daun mengkudu. Mama kata, anak lelaki sangat penting untk tuam dia especially his   toot** untuk elak masuk angin or kena angin pasang. As long as mama yang buat suma, aku layankan jugak. Hoho.

11.00 am: Breastfeed Hadif and dia akan tido selena-lena sebab badan dia sedap lepas massage and kena tuam tu.

12.30pm : Lunch - lauk dah tetap. Ikan bakar lada hitam, air asam, sayur lobak putih, air soya jagung. Lobak putih and soya jagung utk banyakkan susu badan ya.

1.30 pm: Time aku tido bersama-sama dengan Hadif .Bliss =) Aku bangun bila dia nak susu lah.

6.00 pm : Mandi (mama tak bagi mandi ptg, tp aku degil selalu mandi jugak sebab x selesa). Then pakai semula param, pilis and ikat bengkung.

7.30 pm : Dinner -laun pun dah tetap. Ikan bakar lada hitam, air asam, sayur lobak putih, air soya jagung. Kalau pusing pun, ikan masak pindang.

8.00 pm : Kalau Hadif tak tido, gomol-gomol dia.

9.30 pm : Breastfeed Hadif and kami dua beranak masuk bilik dan tido =)

12.00am onwards : Bermulalah change of time zone sebab memang Hadif akan bangun-bangun nak susu and kalau dia poo poo or shi shi. Hadif sangat penggeli orangnya, even basah sikit pun pampers dia, dia dah tak selesa and nak kena tukarkan.

And rutin ini berulang-ulang sampailah habes pantang. Oh my ! Today is only the 11th day. Ada 33 days to go babeh. Boleh ke aku tahan nihhh? Anak tekak dah nak tekeluar asyik makan ikan bakar jah. Paling sedap pun dapat makan ikan bilis goreng ngan bawang. Huhu.

And esok maybe nak start makan jamu and akar herbaneka tu. Doctor suh trial and error. Kalau agak-agak Hadif tak sedap perut (effect from jamu tu), then I have to stop. Tapi from my readings, orang-orang yang makan phytonatal Nona Roguy tu takde masalah dengan baby diorang. So better aku try lah sebab dah beli set tu kan.

Eii aku geram gila tengok Hadif ni. Rasa nak geget je sebab hati mmg melted everytime pandang dia. Rasa hilang suma penat segala =)
Mommy melted tengok muka Hadif tau. Eeeee geram.
Kegemaran Hadif ni buat mulut cenggini. Aku pun tak paham kenapa. Eii cayang dia :)



So far ada rasa penat sikit lah sebab time Hadif tido, nak susu semua cam takde schedule lagi. Mommy dia lah penat kalau dia breastfeed, then tak kenyang. pastu kene breastfeed lagi. Kang tengah breastfeed dia poo poo. So stop kejap sebab dia tak selesa. Then sambung breastfeed lagi. Oh my, that is a lot of effort ok !! Tapi takpe, aku akan gigih breastfeed Hadif insyaAllah.

Ok Hadif dah bangun nak susu. Daaa ~

Past sentence : Rindunya kat daddy Hadif :(


5 comments:

Siti said...

best kan after berurut?? rase badan sgt2 la ringan and selesa...xsabar nak ngurut jugak sbb pinggang n badan ni dah macam besi buruk..terkeriut sana sini..hehe..

anyway, happy berpantang yer...jangan pantang lepa sudah...

hugs n kisses to baby hadif yang comel itu...

crystalmerah said...

Siti : haah, badan bekeriuk keriuk kena urut. Lega tak tau nak kata . Huhu.

cEnD@LiL@ said...

babe....hadif sgt cute lol....
hehehe...takut baca pengalaman ko nk beranak tuh...

aliza hasan said...

ni sume mama buat ni...huhuhu...enjoy laa pantang...cik ja kirim kisses kat hadif...muahhhh

crystalmerah said...

Dil : tau takpe. Horror okei.
Aliza : kene la mama buat. Taulah plak mommy hadif nk buat sendiri. Jawapannye x pantang le. Heeee