Thursday, January 13, 2011

PENGALAMAN BERSALIN (PART 3)

Saturday, 08 Jan 2011, 12.30am, In labour room
Sambil kena sorong ke labour room tu, nurse tu sempat tanya aku nak amik epidural takk? Aku hanya mampu mengangguk sebab seres tak boleh tahan sakit tu. Nurse kata ok kalau nak amik epidural we need to give u enigma first. Lepas u pass motion baru kita inject epidural (ke enimma, enikma whatever it is lah. Yang aku tau benda alah tu nak suh kau poo poo before amik epidural tu). So aku kena baring, tukar baju yang macam separuh bogel sebab tak pakai pape kat dalam. Hoho. Then lepas kena inject enigma tu, trus aku berlari ke toilet nak poo poo. Dah la sakit contraction, berlari plak tu. Gila aku rasa dunia ni cam bepusing-pusing dah.

After poo poo tu, nurse kata kena buat CTG dulu for 20 mins. Kau gila ke apaaa?? Aku nak epidural lahh bukan CTG ! Aku siap marah MNI suh cakap nurse aku nak epidural skrang jugak ! Tapi nurse kata, kena jugak buat CTG before epidural tu utn monitor contraction. Lepas buat CTG baru boleh call doctor yang nak inject epidural tu. Seres gila, macam mana nak tahan lagi 20 mins, then baru nak inject epidural? Eiii aku rasa nak maki suma orang kat situ.

Saturday, 08 Jan 2011, 1.00am
CTG done ! Wah aku rasa hebat sebab dapat bertahan 20 mins tu. Tapi Tuhan je tau macam mana rasa sakit tu. Baju MNI tu nasib baik sweater tebal, kalau tak dah koyak kena tarik ngan aku. Eh MNI pun pandai, dia bagi aku tarik baju je, kalau bagi tarik daging tangan dia, mesti dah koyak daging tangan dia. Kehkhe.

Lepas amik result CTG tu, barulah tehegeh-hegeh nurse called doctor epidural. Aku rasa nak maki lagi skali, apsal kau tak panggil awal-awal tadi?? Patut lepas CTG tu dah boleh terus inject epidural kan. Ini satu hal plak nak tunggu doctor epidural sampai. Aku dah terlolong-lolong dalam labour room. Aku takdelah rasa aku tepekik telolong, tapi MNI kata semua org kat spital tu dengar sora aku kot. Kehke. Sampai satu tahap tu (sebab aku asyik suh MNI tanya nurse bila doctor nak sampai), MNI siap cakap kat nurse 'Ei doctor ni dok mana lama sangat nak sampai.' Nurse kata 'dia ada kat spital, on call, on the way lah tu'.. Kepala hotak on the way dari spital amik masa 20 mins. Aku maki dalam hati je lah, sebab sora dah guna utk menjerit-jerit.

Saturday, 08 Jan 2011, 1.20am
Doctor epidural pun sampai. Dengan lembabnye dia nak kena bukak bag dia lah, amik jarum segala (ni aku assume je lah, sebab aku tak nampak pun dia because sakit itu mengatasi segala-galanya). Aku semakin kronik nak kuar anak tekak mungkin. Nurse suh bagi aku oksigen yang boleh buat kita khayal tu. Guess what, MNI yang kena bagi corong oksigen tu sebab nurse ada 2 orang tengah nak pegang badan aku, and doctor epidural tu sibuk nak mencarik urat aku nak cucuk kan. Dah la diorang tak ajar MNI camne nak pakai corong tu. MNI main tekup je kat mulut aku. Apa lagi aku lagi meronta-ronta sebab actually corong tu ada macam button utk masukkan gas, tapi MNI tak tekan button tu. Maka aku makin sesak napas lagik ada. Seres aku rasa nak tendang MNI sebab tak bagi aku benafas. Tapi dia laki aku, mana boleh tendang. Ok aku patut tendang nurse tu sebab tak ajar MNI cara pakai corong tu.

Dalam pada nak inject-inject itu (aku tak tau la apsal lembab gila diorang ni nak inject), aku telah menolak corong oksigen tu sebab aku rasa air ketuban pecah. Aku jerit 'nak pushhhhh'. Nurse sorang tu sempat seluk lagi and dia kata dah 8 cm !!! Nurse lagi sorang tu kata, already 8cm, cannot take epidural !

Ntah aku dengar nurse yang tak bagi aku epidural tu, aku hangen satu badan. Tak tau ke aku sakit macam nak putus nyawa ni. Mulut dah tak benti-benti mengucap doa segala. (Maki hamun semua berlaku dalam hati je). Aku lawan cakap nurse tu 'nak jugakkkkk epidurallllllll'..

The epidural doctor tu kata ok ok kita bantu awak ye. Kita amik epidural. Baik kan doctor tu. Tiba-tiba kemarahan aku pada dia sebab datang lambat dan lembab nak bukak beg tu hilang sebab dia kata akan bagi aku epidural jugak. Dia suruh aku bertenang sebab nak inject tu aku kena dok diam. Fine aku cuba tenangkan diri tapi 2 saat je berjaya. Pastu aku meroyan menjerit-jerit kembali.

Dalam pada diorang nak inject tu, tiba-tiba aku rasa macam dunia ni gelap. Aku kat dunia lain. Aku ingat aku dah mati dah. Sempat pandang mata MNI nak mintak maaf segala sebab memang ingat nak habes nyawa. Masa tu jugak nurse cakap 'Shazren jangan push. Baru 8cm. Jangan push'.

Aku menahan diri supaya tak push. Ala-ala menahan poo poo yang sangat besar. But seriously aku rasa macam ada bola nak kuar kat pintu rahim tu. Tahan punya tahan, tetiba rasa macam bahagian vagina tu meletup ! (Mintak maaf la description aku ni detail sangat kah. Haha). Then rasa dunia gelap, berada kat alam lain yang tenang, senyap tak dengar pape dah.

Saturday, 08 Jan 2011, 1.35am
Pastu aku dengar suara doctor epidural tu kata, 'baby dah keluar' diikuti dengar bunyik baby nanges ! Tak sempat kita nak inject, doctor tu cakap. I was like whaatttt ?? celah mana baby ni kuar sebab aku tengah mengiring, kaki tekepit-kepit tahan sakit, and tgh nak inject epidural. Baby dah kuar time suma orang tengah focus nak inject aku. MNI kata baby kuar takde sape sambut, sedar-sedar baby dah ada atas katil. Cepat-cepat nurse amik baby. Gila kauuuu. Baby aku kuar sendiri takde org sambut okei ! Nasib baik  katil tu panjang and aku tak push. Kalau aku push and katil tu pendek, agaknya baby aku tepancut keluar jatuh kat lantai kot.

Betapa heronya baby itu. Lepas tu aku terus sebak, nanges and hilang suma sakit dengar MNI azankan dia. Lepas siap-siap semua, barulah terkedek-kedek gynae aku sampai. Dengan muka mamai lalok-lalok tepisat-pisat cakap congrats kat aku. Nak je aku maki lagi, confident gila kata deliver esok ptg. Ubat induce takes time to take effect la hape. But sebab semuanya dah selamat, aku senyum je lah kat dia. Then diorang letak baby atas badan aku, aku macam tak caya I am already a mommy. Seres kau, everything was so fast.

Kesimpulannye, aku deliver secara normal (kaki tekepit time mengiring kira normal lah kan?), without epidural & tanpa gynae. Yang menjadi hero adelah 2 org nurse and paling penting MNI; yang telah pun jadik mak bidan. Doctor epidural tu takleh termasuk dalam golongan hero, sebab tak sempat inject aku. Apa-apa pun, hero of the day is still our baby. Sebab tu nama dia Hadif Aryan which means yang bermatlamat dan kekuatan yang tinggi =).. Apa-apa pun aku bersyukur sangat semuanya selamat. Semoga Hadif akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Mommy loves both of you =) Muaaah!



7 comments:

Siti said...

wohooo!! cayala!!!
alhamdulillah, selamat semuanya.
have a good rest and happy parenting ya!

MaZNi PutERi said...

pengalaman kita macam lebih kurang je. hehe...

Cik Puan Fara said...

babe,
u bersalin kt PCMC kn? nurse die cmtu ke?
uhuk.. cm takot la plak cmni :-s


babe, bape lame sblm nk deliver kene g book nk bersalin kt situ ek?

crystalmerah said...

Fara : ha'ah kat PCMC. nurse diorang ok, just masa my time tu everything was so fast. And i ngada2 tahan sakit takmo bgth nurse awal2. Deliver kat sana very comfortable & convenient. Nak booking tu im not sure coz i mmg check up kat sana..

Princess of Babbles said...

ya Allah horor nyeee aku bace experience ko ni. like aku rase macam aku pulak yang terberanak ni.. like aku sedang mengepit-ngepit tanak bagi anak aku kuar ni..

Anyhow, congratz Erin! insyaAllah Hadif's gonna be a good son :D

tundra said...

congrats erin! unique xperience dat motivates mom-to-be! all the best to you and your family! kene bagi pingat utk hero2 tu~hehe :) -bink-

♥ Fasha ♥ said...

mak aih.. saspen aku baca citer ko nih. dah la nak dekat deliver nih