Tuesday, January 11, 2011

PENGALAMAN BERSALIN (PART 1)

I am still at PCMC. Supposedly dah boleh discharge hari ni, but Hadif kena jaundice and tak kurang-kurang even though dah go through photo-therapy. Maka we have to wait until tomorrow. InsyaAllah esok discharge kot. Yeayy lets go home hero !

Before aku lupa detik-detik delivery few days ago, better aku tulis cepat-cepat. Akan tetapi, konfem aku takkan lupa pengalaman ni sampai bila-bila. Gila kau nak lupa, pengalaman saat-saat orang kata nyawa di hujung tanduk okei !

Friday, 07 Jan 2011, 5pm
Went for 38 weeks check-up. Actually MNI and I dah discussed kat rumah, untk tanya doctor, boleh tak if we want to induce delivery on next Tuesday (11.01.2011). Selain date nya yang super cantik itu, kitorang decide nak induce sebab masa tu MNI will be around KL for the whole week. Makanya takdelah aku kena beranak sendiri kat umah kalau sakit malam-malam sorang-sorang kat rumah. Or beranak dalam keta sebab tak sempat gi spital ke. Ooo seriau okei.

Masa check-up tu, I told my gynae yang baby kurang gerak. Memang pun aku rasa dah 3-4 hari baby cukup gerak dah petang-petang kala. Selalunya by 11am dia dah gerak 10 kali. Ini dah masuk maghrib, dia baru gerak 5 kali. Adekah baby tidur sepanjang siang sampai maghrib? Aku pun tak tau la dei.

So gynae kata, 'ok lets look at your bukaan rahim. Kita buat VE'.... Ok aku takut nak mampus sebab aku baru baca pasal VE iaitu aktiviti seluk menyeluk ni. Eiii sounds so takut. And I couldnt imagine, celah mana doctor nak seluk masukkan tangan utk check bukaan itu? Masukkan tangan dia , the whole tangan tu?? Macam mana weiii?



Bila kena seluk, 'eleh takdelah sakit sangat'... bisik hati aku ni dengan eksyen sekali. Hohoho. Tapi memang pun, takdelah sakit gila macam kena pakai oksigen mask ke hapa. Ngilu-ngilu sikit la cenggitu. So future mommy takmau takut-takut okei ! Then doctor kata, oo bukaan aku ialan 0cm. Takde bukaan langsung lah. Konfemlah tak bukak lagi pintu rahim aku tu, sebab I didnt feel any contraction pun ! Hapela doctor ni dei.

Then she asked the nurse untk buat CTG plak. I was like ape kejadahnye CTG ni? Part ni tak sempat baca lagi. Sebab konon-konon ada masa 2 weeks lagi nak ke 40 weeks, so sempat la nanti bebila baca. Ha hamik kau terpinga-pinga. Sekali rupanya CTG tu ala letak alat kat atas perut, then nak monitor heart beat baby & contraction for 20-30 mins. Masa tu dah kol 5.30 pm okei. Aku rasa nak pelangkung doctor tu sebab aku nak balik umah lah, gi makan goreng pisang ke, lepak kopitiam. Dah petang kot !

After dapat result CTG itu, my gynae looked very happy. Aku tau die happy sebab dia yang kata. 'ooo looks fine. Im very happy. We can induce your delivery because baby sangat stable inside'

Ok aku cemas dan panik sebab aku ngan MNI tak bukak mulut pun lagi pasal our plan nak induce hari Selasa depan tuuu. Macam mana doctor tu tau wehh?? Macam bomoh plak dia ni.

Secara spontan aku tanye lah dia, Induce?? Bila doctor nak induce?'


Gynae jawab, 'Today. Petang ni'


Ok aku nak nanges sebab takut , panik, tak bersedia and nak balik dulu makan segala apa yang boleh makan sebelum deliver. Aaa tidak ! Memang tak sempat.


To be continued in Part 2..

1 comment:

Siti said...

Hehe..suspen sungguh..sila update part 2 cpt2 ye..

N to baby hadif, cepat2 baik dr jaundice ye..
To mommy, breastfeed is the best medicine to cure jaundice..