Friday, January 28, 2011

BILA HADIF DEMAM

Bila Hadif demam & selsema, mommy dia yg melalak padehal Hadif rileks je cool. Ye lah, hati ibu mana tak kesian tengok baby baru 19 hari terkial-kial nak bernafas sebab hidung dia tersumbat.

Masa aku perasan hadif selsema, terus bawa pegi klinik. Doctor kata demam selsema biasa je, so he prescribed ubat demam, selsema & antibiotil. Dalam hati aku dok fikir boleh ke baby cinoet camni bg ubat bnyk2 tu segala. Tapi dah dia doktor kan, aku ikutkan jah.

Esoknya demam hadif tak kurang pun.selsema pun tak kurang. So aku decide bawak Hadif pegi Hospital Pakar Puteri. Doktor Ismail tu tekejut hokei tau Hadif dah mkn ubat selsema & antibiotik. Dia kata xde ubat yg sesuai utk baby 19 hari. Fine aku dh menyumpah doktor kat klinik tu.

Doktor Ismail just bg aku air garam galian utk spray dlm hidung Hadif. So hingus tu akan tertolak n trus masuk mulut. Then either Hadif luekkan or telan pyn xpe coz x bahayakan baby. Yg lelain doktor kata ok. Jantung n paru2 Hadif semua alhamdulillah baik baik saja ;)

And hari ni Alhamdulillah Hadif is getting better. Cuma dia tido sepanjang sianf, and berjaga sepanjang mlm. Part ni mmg menguji kesabaran mommy dia. Eeeiii rasa geram btul bila dah dodoi2 kuar segala lagu tp mata dia buntang luas. Huuuu aduhai.

Ape-ape pun, aku dah takut nk bawak Hadif g klinik biasa. Eh nurse kat klinik tu siap suh tuam Hadif ngan air batu. Gila ke apa. Ini baby 19 hari, bukan 19 bulan! Eeii nak je aku skolahkan dua. Bila tanya doktor pakar, dia kata tak payah tuam bagai. Just mandikan baby cam biasa ngan air suam. Nasib aku tak dgr ckp nurse gila tu. Erghh. Next week kena bawa Hadif gi inject 1 month. Rasanya aku akan ke hospital jugak, takmau klinik2 weh, trauma aku.

Ok Hadif dah menguek-nguek. Dia tido punya lena siang ni. Bersedialah mlm kang jadik burung hantu. Oh yes, daddy Hadif balik JB mlm ni. Biar daddy dodoikan Hadif okeii. Mommy bangun time Hadif nak susu je k ;)


1 comment:

~Am said...

waaa....teringat dulu-dulu, masa adik I baby...my mom memang lagi suka bawak gi hospital dari klinik biasa