Monday, August 2, 2010

SHARING IS CARING

Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri.
  • Adab isteri terhadap suami ketika mengandung
      1. Mengasihi dan menyayangi suami
      2. Menjaga perkataan terhadap suami
      3. Tidak terlalu cerewet hingga menimbulkan masalah rumahtangga
      4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
      5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
      6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
      7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.
  • Adab suami terhadap isteri
      1. Sentiasa berkasih sayang terhadap isteri
      2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar 
      3. Selesaikan selisih faham
      4. Jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
      5. Hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
      6. Berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
      7. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
      8. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

No comments: