Sunday, October 4, 2009

CORAT CORET AIDILFITRI

(Title adalah meniru gaya Alin ;p)

Kemeriahan

Tak berapa nak meriah pun. Alaa sebab kalau raya, ada bnyk sangat cita best kat TV kan? Maka kebanyakan umat akan memakukan diri kat hall, sambil kunyah kerepek dan kuih raya, layan rama atau rancangan raya. But I felt this year's eid was better than the previous one.Sebab? Even though we reached kampung halaman pada petang raya pertama, eleh takde org pun raya pertama tu. Sebab suma bekumpul pada raya kedua. Maka aktiviti maaf-maafan dan kunjung-mengunjung serta mengepow duet raya berlaku pada hari kedua. Eh, kira bagus lah tu dapat kumpul cukup korum pada 2nd raya, selalunya tak penah nye cukup adik beradik mama yang balik kampung. Al maklumlah, semuanye ada komitmen di kampung husband. Oh talking of which, aku pun sama tahun depan cenggitulah kaedahnye.

Baju Raya

Pada malam raya pertama, aku dengan gigih telah memaksa makcikku utk mengecilkan baju-baju raya ku yang tak brapa nak vogue tu. Hooooooh sila cakap aku sedang mencuba menyampaikan yang  I've lost few kgs during Ramadhan. Hekhek. Dan sengal punya tailor kat JB, ada ke jahit satu kebaya aku takde dat (or dart..or whatever the spelling is). Bongok gila kebaya depan ada dat, blkng tade. Jenuh plak aku nak mencipta dat sendiri. Bluek. Tapi baju raya aku kelima-limanya telah dikecikkan. Boohoo.

Duit Raya

Ntah hape hangen aku tahun ni, sangat bermurah hati bagi semua-semua sedara mara kecik besar tua muda duit raya. Yang dah keja-keja suma pun aku bagi. Knape tiba-tiba? Alasan aku kata, tahun ni tahn last le aku bagi duit raya. Next year aku da kawen insyaAllah, so tak dapek la den nak bagi duet raya kecuali yang kocik2 dan cinoet je. Kalau yang tua bangka nak duet raya gak, mintakkk mahaapp lah ye. Atau jalan mudah, tahun depan aku jawab 'duet raya mintak kat Paklong ek (read: En MNI)' Haah cadangan yang bijak. Hoyeh.

Makan-makan Hari Raya

Aku kurang nafsu makan ketupat rendang bagai. Tapi nafsu begitu membuak-buak melantah conrflakes madu. Padehal tahn-tahun sebelum ni takdela plak mengidam nye. Pegi raya umah Maklong, siap suh dia refill balang kuih conrflakes madu tu. Hoooo sangat muka tembok aku ini. Ada aku kesah, makcik aku kan, so tade hal. Bluek. Dan pencapaian yang membanggakan hati saya ialahh: aku gained 200 gm je sepanjang raya. Hahaa. Aku expect macam tahun2 lepas, aku menggemuk hampir 3 kg after raya. Sila bangga dengan diri sendiri sekejap oke Erin. Hoyeh!

Ziarah-menziarah

Habes suma sedara mara hampir 70% sempat diziarah. Ni sedara dekat2 je oke. Yang bau-bau bacang tu, mintak mahapla.. Masa sangat terhad sebab cutiku ciput. Tahun depan insyaAllah saya beraya ye. And I spend 2 days beraya di Melaka. Habes jugak sedara-mara En MNI suma dah ku jumpa. Dah approved kot sebagai bakal ahli keluarga baru. ekeke! Harus la aku rajin dan ringan tulang apabila berada di Melaka oke. Bangun tido lepas subuh tak tido dah beb. (Tapi melanguk gak tatau nak wat ape.. Ehhe)

Camtulah kaedahnye beraya tahun ni. Apart of cita raya, aku bz jugak dengan wedding preparation.  Apa-apa pun, ini gamba raya tahun ini. Family ku macma biasa harus vogue dengan warna tema gold yellowish , but unfortunately aku sorang lari tema warna. Aku dah putus asa nak carik baju kaler gold.. So suka hati aku pakai purple. Blasah aje.



Past sentence: Baru lepas dinner and cubaan pertama masak ikan steam was superb! Ohh ikan itu sangat mahal oke, menyebabkab aku takut masak tak sedap and bakal dikomplen oleh En MNI. (Ikan mahal tu org yang bagi, kalau beli sendiri takde maknanya. Baik makan ikan dah siap masak kat kedai, bebaloi apa. Kehkehek) Maka next time, sape nak masak ikan steam, sila mintak resepi dari aku. Hakahak! (Apsal entry kali ini like so into myself? Hahah. Ada aku kesah ;p )

5 comments:

harni said...

slamat ari raye babe!

emeer said...

mmg lari tema la babe..but at least ko ade pic,,,aku? sekeping pon xde..gile hambar raya aku...

Naddie Anuar said...

Erin, share la recipe ikan steam tuh. ko pakei ikan pe ek?? aku tgh cube utk masak as healthy as possible..hoho~ kurangkan minyak la kononnye~

crystalmerah said...

Naddie: itu aku pakai ikan Kurau. Besar gilak, pastu aku tgk aku melompat sebab takut nak potong. Hakahak. itu recipe steam nyonya namanya. Aku share nanti okie! P/S aku nak hntar kad kau kau, hantar gi mana Cik Naddie? kau bukan warga Level 28 kan. huhu.

Naddie Anuar said...

ohhh...mau bg kad ke?? mau pos ke?? nnti aku email address umah...ehe~