Tuesday, August 25, 2009

MENDUNG

Cuaca hari ini ialah sangat mendung. So does my mood; bermalasan, menagguh kerja, muka monyok, mata steam menahan ngantuk yada..yada..yada..

Yang pasti, sekarang aku happy. Sebab kenyang. Haha!

Menu berbuka hari ini:

2408

  1. Sambal sotong : Sendirian berhad oke! No bazar bazar. Hehe. Sotong itu ialah besar-besar, gemok dan gebu. Ketika sotong masih dalam freezer pun aku dah kecur gila. Uuuhh.

  2. Kacang panjang goreng : Ni pun self-cooked ye. Aku malas gila nak masak sayur pada mulanya, tapi kat bazar tu tadi adalah plak pasar tani. So kena jugak masak sayur.

  3. Pari bakar: Confirm bazar-made. Takde maknanya aku balik dari opis penat-penat, nak bakar ikan bagai. Huu (kata je lah kau tak reti masak pari bakar kan? Lol)

  4. Roti John : Sahih la bazar-made. Dari semalam terasa nak makan sangat2 roti john tapi tak kesampaian.

  5. Goreng pisang garing crispy : Pelik aku. Selama ni pisang goreng tu ada jual hari-hari kot. Apsal la tak terasa nak makan. Tapi posa-posa ni semuanya menggiurkan. Uuuh.

  6. Apam balik: Always my favaourte. Tapi turn off gila apam balik kat Miri ni. Hangut, nipis. Sekali ngap je aku habeskan. Gila kedekut makcik jual apam balik tu buat nipis-nipis. Kacang siket plak tu. Aku dah ban kedai apam balik tu.

  7. Air tebu: Aku takdelah suka sangat. Tapi ada org lain yg suka kan. Ikutkan aje anak tekak dia ;p


Oh sangat banyak tak terperi! Gila melantak namanya ni. Punahlah harapan aku konon nak shed at least 3 kgs ke bulan Ramadhan ni. Ohho tinggal kenangan. Tapi ada 27 hari lagi ni. Hai nafsu makan, tolonglah mengawal diri.

Dah 3 hari posa, tiga-tiga hari aku masak. Bila En MNI nak banje aku makan best-best ni..? Iskkh. (Ke sebab aku masak best? ) Hahak.

8 comments:

cik cikin said...

wahhhh.. meriahnyer menu berbuka dia..;)

psssttt.. sbb sedap sgt org tu masak la yg tak jd nak bawak g makan lua tu.. hohoho..;)

crystalmerah said...

Cik Cikin: Yess!! Itu la yg ceq nak dengar tu. Hahaha ;p

alin said...

meriah gle menu,kalah org dh berumahtangge.haruskah ko mengidam pisang goreng time bulan pose?sangat tak sesueeeiii

crystalmerah said...

Alin: Tau takpe! Pekejadahnya nak mkn pisang goreng kan!? Patut ngidam lobster yang terduduk gagah besar ke, salmon yang sedapp ke kan. Iskk. Pelik tol aku. Mungkin makanan yang sangat tak best di Miri mengajar aku utk berwasatiah memilih makanan yg tak menipiskan wallet kot. Hakhak!

Naddie Anuar said...

ehe~ tgk kacang panjang ko, lalu aku nak goreng kacang panjang yg telah berada dlm peti sejuk itu. sgt berbakat oke masak tp x bley rase. i x pandai. hoho~ aku masak sahur je :)

crystalmerah said...

Naddie: Aku pun asyik makruh merasa je kalau masak utk berbuka ni. Hehe. Sahur, aku pejam mata sambil microwave segala lauk aje. tade lah keja aku nak masak pagi2 buta. Hehe.

Naddie Anuar said...

aku x masak pg2 jugak. masak malam je. pg2 husband microwave plak. fair la kan aku dah masak die panas kan je. hoho~ :)

crystalmerah said...

Naddie: wahh rumahtangga yang comel. Heehe ;D