Friday, August 28, 2009

BAJU NIKAH

Selamat berpuasa pada hari ke-7. Dan aku dengan jayanya baru posa 2 hari.Huks.


Sebab hari ni ialah hari jumaat, dan this weekend is gonna be a long one, harus aku ada perasaan malas sekarang. Damn skrng baru pukol 9.19 pagi. Lambat lagi pukol 4.30pm. Erk.


Apa-apalah.


Tengah aku buat-buat sibuk siapkan kerja, report yang cam nyampah je nak tulis ni, tiba-tiba teringat plak perihal baju nikah aku. Kain baju nikah tu dah dibeli sebagai hantaran on our engagement. Punyalah aku nak sangat memakai border chiffon, dengan harapan akan nampak kurus, solid dan slender. Wah. Kerana kain chiffon ni bila pakai, dia akan berat dan jatuh, maka membuat si pemakai nampak langsing. Wah lagi skali. Hiks.


Kain chiffon tu beli kat Euro Moda je. And murah je pun, RM148 semeter kalau tak silap. Masa tu pegi ngan En MNI lah, and faham-faham saje lah yang aku takmo lah berlama-lamaan dalam kedai tu. Kang chenta hatiku cam cacing kepanasan.


At that time, I had no idea on how the design would be. Without fikir panjang, aku rembat sahaja 2 meter chiffon and 2 meter satin. Konon baju je pakai chiffon, then kain pakai satin. Org kedai tu pun satu hal, bukan nak bagi buah fikiran yang bernas tentang design, kain apa patut pakai yada yada yada. Aku dah ban sales girl tu.


Bila balik umah, tunjuk kain kat hsemate, memang suma kata cantik. Tapi kalau buat baju je chiffon, then kain satin, memang sahih burok! (Apsal aku tak terfikir pun pasal benda ni masa kat kedai heh? Sengut ok aku). Maka keesokan harinya, I went back to Euro Moda, nak beli lagi 2 meters. Aku tak bawak pun kain yang beli semalam tu, dengan harapan aku nak carik balik salesgirl tu. Confirm dia igt aku beli kain mana kan.


Oke, dah jumpa salesgirl yg aku ban tu, dia pun potonglah kain tu lagi 2 meter. Aku pun balik umah dengan happy!


Not until last week, when I found out kain aku 2 meter kaler putih, lagi 2 meter kaler off white. Oh sakitnya hatiku. Baju dah tempah, tinggal nak fitting.Pekejadahnya?!




Nampak kan kaler lain2. Eee aku rasa cam nak baker je rambut salesgirl tu. Dia confident gila kata kain tu sama. Samalah sangat. Infact beads kat border chiffon tu pun lain-lain design dia. So aku pakai baju beads lain, then kain beads lain lah? Oh macam sarkas tak rupanya?

Tertekan.

7 comments:

Naddie Anuar said...

makcik...aku tak nampak la gambar ko.

tapi aku ader idea. kalau kau rase lain sgt kaler baju ngn kain tu, kalau sempat soh la tailor ko jahet kain satin yg ko beli originally ngn kain chiffon tu pastu soh die jahit manik tabur yg matching ngn manik baju chiffon ko. :)

aku buat cam nie mase tunang, tp mase tu top aku lace putih kain aku chiffon plain. tailor tu jahit manik yg matching kat hem kain. nak jimat kos la kononnye sbb lace tu bapak mahal.

kalau kau rase oke, pakai je la baju tu.

nazira said...

dugaan tuuuu..sabar yerh! salesgurl kadang-kadang main belasah je dengan konfidennye..tak patut betul, kan.. :P

crystalmerah said...

Naddie: Tapi satin tu utk lining dalam la makcik. Camner nak jahit beads. Or aku tambah beads kat kain supayan kain nampak penuh and cover kaler dia yg lain daripada baju tu. Tu aahh kena jimat kos ni. Bnyk benda mak nenek lain aku nak membayo. Nak layan baju ni satu hal. Ergh!
Thanx neway ye babe for ur suggestion nih.

crystalmerah said...

Qarlista: Mmg sgt tertekan. Aku mmg dah ban dah salesgirl tu. Konfiden sgt! (Aku pun silap gak punya lah tak perasan , padahal nak kat 5 bulan baju tu kat tgn, sebelum hantar gi tailor.Huuhu)

Wahida Yaakub said...

hi. bumped into your blog out of browsing :)

ouch. tapi takpe. tone yg gelap sikit tu boleh buat kain. ataupun, yang beading dia nampak berat sikit boleh buat kain. anyhow, i'm sure your make-up will look gorgeous & people would end up looking at your face that they'll overlook the rest. so worry not! :D :D

crystalmerah said...

Wahida: Oh sgt terima kasih kerana made me feel better. Heehe. Ku akan paksa pak(?) andam tu make up sy segorjes gorjes the goddess! Lalala~

Naddie Anuar said...

ooppsss terconfuse sket. :) hope ko hv it all sorted out.
p/s: bride to be kna minimise tekanan~ :)