Friday, September 26, 2008

25 RAMADHAN

My heart is jumping inside~! Whee.

Kerana apa? Sebab ialah akhirnya aku ketemu benda ini selepas 24 hari mencari chenta. Heh.


AIR KATHIRA!


To those who do not have any idea on this air, haa macam inilah rupa paras dia. Excuse the maja with suratkhabar and mak nenek yang lain oke. Minuman ini amat popular di Johor. Sebab itulah sebagai anak jati Johor aku amat gigih mencari minuman ini di KL. Believe me, selepas 24 hari berpuasa, barulah aku bejumpa. Iaitu di bazaar ramadhan Desa Pandan. Dah penat aku cari kat bazaar-bazaar yg laen ok, tapi tak berhasil.


Kathira ini adalah minuman ruji kami di Johor pada bulan posa. Kepada kamu-kamu yang tak tahu mana asal usul cara pembuatan minuman ini, meh aku explain. Aku siap tanya pakcik jual air tu tadi, mcm mana dia buat ait kathira ni. Sebab aku nak ada jawapan di kepala otakku, supaya bila org tak tau apa itu air kathira, aku ada jawapan kukuh untuk meyakinkan mereka tentang minuman ini.


Minuman ini diperbut dari 3 bahan : 




  1. Buah kembang semangkuk

  2. Sagu biji

  3. Selasih


Campur-campur ngan susu lah bagaii, maka terhasillah minuman yang sedapp ini. But the one that I got (dlm pic itu) was not so nice. The originality was not there. Rasa bnyk susu jer, bahan2 lain tak rasa sangat. Takpela kira halal, at least dapat jugak anak tekak aku ni minum air kathira. Ehhe.

Oh, aku dan wirr berbuka macam orang tak makan 2 bulan tadi. Know what we got?



  1. Nasi putih + kentang sambal + kuah lemak

  2. Ikan terubuk bakar

  3. Pedal goreng

  4. Laksa

  5. Kebab ayam

  6. Putu mayam

  7. Popiah basah yg sangatt besar

  8. Rojak buah

  9. Air mata kucing

  10. Air kathira


Heh cukup-cukup 10 kan. Pada asalnya kami nak makan di luar, tapi lalu di bazaar itu macam meriah keadaannya. Kenapalah aku tak tahu bazaar kat situ ialah bestt? Kalau aku tahu, hari-hari aku beli rojak buah dia. Sedapp menjilat jari I tell u. Buah dia suma best-best, ada kuini mangga betik sengkuang, nanas sikit jer. Yang penting tade timun. Huh selalunya peniaga main ngelat letak timun bnyk-bnyk tapi buah lain sikit kan. Tapi yg ini, buah buahan lain adalah sangat heaven! Btw,nak tau tak, ada org itu kan, kalau dia makan rojak buah with me, dia makan buah-buah lain pastu timun dia tinggal. Oh tahulah timun ialah tak sedapp pastu aku kena makan timun.Errghh. Tapi sebab sayang, aku pun pura-pura sukakan timun. Haha ;p Aku mmg suka timun, tp kalau dalam rojak buah, tak meow lah timun itu.



Apa-apa pun, pada ketika ini I am craving for chilli crab di kawasan Cahaya itu. AKu bukanlah penggemar ketam, tapi ketam kat situ superb habes oke! Semalam diorang gi makan di sana, tanpa aku mengikut mereka. Sebab asalnya kata nak buffet kat Kelantan Delights, maka aku malas la nak pegi ikut sebab buffet. Sellaunya buffet masak bnyk-bnyk ini susah nak cari yg sehingga menjilat jari. So lagi best makan lauk pauk ala-carte. Tapi diorang tukar plan pegi Chilli crab sebab Kelantan Delight full house. Sekarang ialah menyesal. Tebayang-bayang chilli crab, black pepper crab, steam fish, kangkung, air kelapa...ohh heaven~


Esok hari last bekerja sebelum cuti raya. AKu dah malas. Hanya badan di ofis, tapi fikiran aku sudah berada di kampung. Separuh lagi igt En MNI yg lambatnya nak balik. Erkk. 


Haih lambatnya masa berlalu. Selalunya kalau kita tunggu sesuatu, mmg masa tu akan lambbaatt sangat bedetik kan. Kenapa ek? Mungkin sebab tu org kata 'masa mencemburui kita'. Hah ada kena mengena kah? Hoho.

5 comments:

Rap said...

hahahaha....

selamat la ko gi gym bagai pasnih ek....

Disebabkan ko adalah bahan kutuk faveret aku kat opis, maka dengan itu aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin....

Dah puas beraya nanti, kita kumpul ramai2 balik breakfast kat pantry...

crystalmerah said...

kau tahu kan aku sudah menjadi gym freak skrang ini. tahu lah kau sebabnya kenapa. ini suma gara-gara budak kurus bernama wirdalina ;)

Aku baek hati. Aku maafkan kau. HAti aku ni dah kental gila, takde effect ngan kutukan herdikan dan sumpah seranah kau.

Oh tak saba, mkn di pantry. aku bawk roti telur nanti ek.

selamat hari raya. maaf zahir batin juga~!

harni said...

x penah plak aku rase air ni.. sedap ke? nnt ko blaja buat yg original punye pastu passing2 la skit.. bleh aku buat review..hahaha

crystalmerah said...

itulah..ini minuman special dari johor. ohhh sangatt sedappp oke tolonglag pecaya. hakhak. tgu aku tuition ngan pakcik jual air itu, raya tahun depan kau dtg umah aku, konfem aku hidangkan. waah~

aliza said...

x penah rase jugak air ni...tp mayb aku x bole minum sbb ade campur susu...nway, selamat raye erin!maaf zahir batin :) aku pun rindu saat2 kemeriahan di pantry itu...