Monday, March 6, 2017

BAYI SELSEMA LAMA


USAH BIARKAN BAYI ANDA SELSEMA LAMA
Selesema dan batuk antara penyakit yang kerap dihidapi bayi berikutan faktor cuaca, jangkitan di pusat penjagaan, persekitaran tidak sihat serta disebabkan ketahanan imun tubuh si kecil yang masih rendah.
Walaupun selesema dan batuk dikategorikan sebagai penyakit ringan, ia bukan alasan ibu bapa bersikap sambil lewa, terutama membabitkan bayi yang masih kecil. Ini kerana selesema ringan yang diabaikan boleh mengganggu keselesaan anak dan berisiko membawa penyakit lebih serius seperti bronkitis dan radang paru-paru atau pneumonia.
.
Dari sudut perubatan, selesema dikatakan mudah terjadi disebabkan jangkitan virus pada saluran pernafasan bahagian atas, manakala batuk berlaku hasil tindak balas tubuh untuk membantu mengeluarkan kahak dari saluran pernafasan.
.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi membenarkan penggunaan ubat batuk dan selesema bagi kanak-kanak di bawah umur dua tahun sejak 2007. Manakala Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) di Amerika Syarikat pula menggandakan larangan dengan menambah saranan supaya kanak-kanak di bawah umur enam tahun tidak digalakkan diberi ubat batuk dan selesema.
.
Ini disebabkan banyak kajian membuktikan ubat batuk dan selesema tidak berkesan untuk mengubat gejala penyakit berkenaan bagi kanak-kanak, sebaliknya membawa kesan sampingan yang lebih buruk.
.
Menyedari masalah itu, NARINAR Group Sdn Bhd memperkenalkan produk terapi selesema bayi untuk membantu mengurangkan simptom selesema dan batuk, sekali gus memberi keselesaan berpanjangan untuk si manja.
.
Produk NARINAR FLUtherapy tidak perlu diambil secara oral, sebaliknya dititis ke tapak tangan untuk urutan tapak kaki bayi, dada, bahagian belakang tubuh serta perut.
.
Menurut pengasasnya, Shazren Shah, minyak aromaterapi berkenaan dihasilkan daripada pati tumbuhan eksotik dan dirumus secara khusus untuk bayi berusia dua tahun ke bawah.
.
“Produk ini diperbuat daripada minyak pati asli lavender, lemon dan pudina. Lebih istimewa ia turut mengandungi gam arab atau Boswellia carteri yang mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan.
.
“Semua bahan yang terkandung dalam minyak aromaterapi ini 100 peratus semula jadi dan bebas bahan kimia. Kami gunakan minyak zaitun asli sebagai minyak asas supaya ia mudah menyerap pada kulit dan selamat digunakan untuk semua peringkat usia,” katanya.
.
Jelasnya, pati minyak bunga eksotik lavender dipilih dalam ramuan produk kerana bersifat antibakteria dan antiinflamasi yang tinggi. Malah, ia juga bagus untuk membantu melegakan saluran pernafasan yang bengkak akibat selesema, batuk berpanjangan dan bertindak sebagai penenang tubuh dan minda.
.
“Minyak dengan aroma menyegarkan pudina mempunyai keistimewaan dalam membantu melegakan masalah pernafasan bayi. Jadi, tidak hairan minyak pudina popular dalam kebanyakan produk merawat selesema. Ia juga penyelesaian yang baik untuk masalah kembung yang lazimnya berlaku pada bayi.
.
“Pati lemon pula bersifat antivirus dan sudah terkenal dengan kebolehannya melawan jangkitan. Paling utama, minyak aromaterapi ini juga mengandungi gam arab iaitu tumbuhan yang mampu meningkatkan daya imun tubuh serta berfungsi membantu melonggarkan kahak bayi,” katanya.
.
Bagaimanapun kata Shazren, keberkesanan produk terapi selesema ini bergantung kepada kaedah penggunaan yang betul. Atas faktor itu, pihaknya tidak memberi fokus kepada pemasaran di kios mahupun kedai jamu, sebaliknya melantik wakil perunding untuk memberi khidmat nasihat mengenai penggunaan produk.
.
“Memandangkan ia diperbuat daripada bahan semula jadi, minyak aromaterapi ini perlu disapu setiap 15 hingga 30 minit di titik tertentu yang berkait dengan masalah selesema dan batuk berpanjangan. Bagi tujuan mencegah pula, minyak ini hanya perlu digunakan dua kali sehari. Ini pentingnya sesi rundingan kerana perunding akan memberi penerangan mengenai kaedah penggunaan yang tepat bagi mendapat hasil optimum,” katanya.
.
Jelas Shazren, pengguna juga tidak perlu risau mengenai tahap keselamatan kerana minyak ini sudah melalui tiga siri ujian SIRIM iaitu ujian logam terlarang, mikroorganisma dan iritasi kulit, yang mengesahkan ia bebas logam berat dan mikroorganisma berbahaya serta mesra kulit.
.
“Lebih menarik, walaupun minyak aromaterapi ini khusus untuk melegakan selesema, ia juga berupaya menenangkan bayi pada saat kembung perut, tidak selesa atau sukar tidur nyenyak.
.
“Banyak teknik urutan khas yang boleh diamalkan. Secara tidak langsung ia mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan bayi,” katanya.

Boleh tekan link ni terus whatsapp Kak Erin untuk kongsikan tips terapi ni ya. https://tinyurl.com/h638epe
                                           







Friday, January 13, 2017

Rahsia tegur anak tanpa marah

"Mommy tak baik marah-marah. Nanti Allah tak sayang"
Siapa pernah kena sedas sedebik kat muka. Bila anak kata camni. Kehkeh.

Meh Kak Erin share RAHSIA TEGUR ANAK tanpa memarahi. Sebab Kak Erin memang singa kat rumah tu. Maka selalu kena tarikkk napas lepass hai bertabah lah hati. Kena sound dengan Ninjas selalu. Tu tak masuk kena tarbiah dengan MNI lagi tu. Eh.

1. Tegur secara halus
- Instead of marah anak secara direct, tarik keistimewaan yang dia dapat. Then terangkan kenapa dia dah tak dapat lagi benda tu. Contoh cut time tengok TV kalau dia taknak baca Iqra.

2. Dengar penjelasan anak
- Jangan lah kita je tahu nak bebel. Belajar jugak untuk jadi pendengar hebat. Simpan sikit bebel tu untuk esok.

3. Minta maaf 
- Kalau dah telepas memetir tu, minta maaf dan terangkan kenapa kita jadik monster tu. Secara tak langsung kita ajar anak jadik sopan santun.

4. Puji anak bila dia buat baik
- Ini bantu anak dapat self-confidence tau. Elakkan asyik kondem dia je. Bila dia buat sesuatu yang baik sila raikan dengan gembira.

5. Bagi kepercayaan
- Anak akan belajar hargai diri sendiri dan buat sehabis baik ikut kemampuan dia. Kalau ada reward pergh lagi mencanak dia buat apa kita mintak.

Okey tu jer. Salam Jumaat dan menempuh weekend dengan hati bunga-bunga.

Toodles!

Wednesday, January 11, 2017

Happy 6th Birthday Hadif Aryan!

Throwback 8 January 2017.

Pukul 135 pagi 6 tahun yang lepas, sweater biru putih MNI nazak hampir koyak Kak Erin kerjakan. Nak keluar anak tekak. Tegang segala urat. Perasaan dia sungguh tobatt nasuha takmau beranak lagi. Hohh.

Lepas keluar je Ninja comel ni hilang terus sakit tadi. Memang magik. Ting!
Pengalaman manis ni banyak mengajar tau. First birth la katakan. Sebab tu second birth MNI rileks jadi doula Kak Erin. Peace ✌🏼

Terima kasih Hadif Aryan. Yang terlalu banyak mengajar mommy & deddi.

+ tentang sakitnya beranak kena induce, pastu tobat dah. Gentle birth je lepas tu.
+ pengalaman berkampung kat hospital seawal usia 14 hari sebab lendir banyak & selsema batuk menakutkan.
+ indahnya ke hulu ke hilir hangkut bag pump. Rumah dah macam kedai runcit dengan deep freezer bagai. Cukup tempoh menyusu badan 2 tahun.
+ pengalaman mempunyai anak susuan. Sebab rezeki susu untuk Hadif Aryan melimpah ruah. Alhamdulillah.
+ pengalaman jaga anak yang traumatised dan effect dia yang bertimpa timpa. Berkampung berbulan di hospital. Surgery after surgery. Bertahun to recover.
+ macam mana desperate nak bantu anak sendiri. Sehingga terhasilnya formula FLUtherapy.

Dan yang paling tak ternilai. Tak terukur dengan mana-mana pita pengukur dalam dunia ialah...
... perasaan dan pengalaman menjadi seorang ibu, tanggungjawab dan erti kasih sayang dalam keluarga.

Happy 6th Birthday Hadif Aryan.





Mommy loves you to the moon and back.


Friday, January 6, 2017

5 bukti mommy gojes & deddi kachak yang sibuk macam lebah masih mampu berseronok dengan anak

Kalau tak busy kerja, busy bisnes. Sama je lah dua kali lima. Jadi isu besar gajah tauu kalau alasan ni buat kita tak lalui hari-hari bersama anak dengan riang gembira dan berkualiti.


Awak boleh try lah ni hokei.

1. Jika driving ke tempat yang anak kita dah biasa, awak turn off itu Waze. Biarkan anak yang tunjukkan jalan. Awak akan terkejut bising macam pasar ikan bila budak cinoet arahkan mommy turn left. Nanti lagi sorang no nooo turn right!

2. Kalau sampai rumah selalu dah tenggelam matahari dan tak sempat berceloteh dengan anak, awak try spend masa pagi ok. Kak Erin prefer yang ni. Spend time dengan Ninjas sebelum ke ofis dan diorang ke kindergarten. Macam motivasi pagiiii gitew.

3. Sambil driving hantar pegi skolah tu, doa, nyanyi together, role play and story telling in the car. Takyah lah serious sangat awak tu pun lah haiii. Iskhh.

4. Bawa anak pergi grocery shopping. But make it fun! Dukung dia kat bahu amik barang di rak tinggi. Suruh diorang tolak trolley. Dan mintak diorang pilih sayur, buah dan juice. Taaapiiii elak masuk itu lorong junk food dan jajan cikedis tau. Lorong lorong hitam namanya.

5. Hello mommy. Kalau busy naww kalah permaisuri lebah sekalipun, sekali dalam seminggu cuba jugak asapkan dapur tu. Home cooking dengan anak ialah so much fun ooo. Bagi diorang siang sayur atau kacau kuah.

Semua orang pun ada masa 24 jam je sehari. Kalau tunggu pergi playground hujung minggu lah, proper family vacation atau layan Jeng Jeng Jeng kat IOI Mall baru spend quality time, sadis lah anak kita tu kan. Makan hati ulam jantung pisang tau. Kita je tak tau.

Setuju ke nii?

Wednesday, January 4, 2017

7 TIPS HANTAR ANAK KE TASKA ATAU PLAYSCHOOL

Siapa mommy pagi tadi tanpa sedar kolam mata bergenang hangat sebab first day hantar jantung hati ke taska atau playschool? Tiba-tiba teresak-esak dalam kereta rasa nak tukar profession jadi cikgu kat situ mengadap pengarang jantung kita tu. Ecece tak mengaku lah teww 😂

Meh Kak Erin share 7 TIPS HANTAR ANAK KE TASKA ATAU PLAYSCHOOL.

1. Kenalkan dengan taska dan cikgu atau pengasuh. 1 minggu sebelum hantar tu bawa anak round ke taska. Jumpakan dengan cikgu supaya anak tak rasa orang baru dan environment yang sangat asing.

2. Mulakan secara berkala. Ini sangat penting untuk anak yang first time nak pisah ngan mommy. Baru habis maternity leave gituu. Anak akan ada 'separation anxiety' iaitu salah satu daripada perkembangan emosi dia. So try dulu tinggalkan dengan suami atau nenek ke untuk 1-2 jam.

3. Play role. Mommy jadi pelakon sambilan lah. Ceritakan watak yang ada kat taska atau playschool tu. Apa aktiviti kat sana dan jumpa kawan baru. Play role dan teknik bercerita ni kita buat dengan nada dan cara yang menarik. So anak rasa seronok nak pergi taska.

4. Barangan lengkap. Elakkan kelam kabut pastu tertinggal macam-macam. Dan boleh juga selitkan barang kesayangan anak. Contohnya botol air Ultraman dia ke. Bila ada barang yang dia familiar anak akan fefeeling at home.

5. Boleh apply apa-apa yang selalu anak guna kat rumah untuk kesihatan dia di taska. Kan bila ramai-ramai anak kecil ni mudah berjangkit kan. Elakkan hantar anak ke taska kalau anak kita tak sihat ya. Untuk adil kepada anak kecil yang lain.

6. Peluk cium anak. Elakkan lama-lama sangat hai hai bye bye nak dekat 15 minit kat gate tu haaa. Pendek pendek sudah. Short and sweet gituu dengan penuh perasaan.

7. Ni paling penting. Elakkan patah balik sebab mommy sendiri tak hati kering. Hikhik. Kalau sebak dadaku mengalir air mata dari telaga ketujuh pun, nangis je kat dalam keta sampai ke opis. Then balik kerja on time dan pick up anak on time juga. Itu lebih bemakna.

Ok tu je. Selamat melayan perasaan teringatkan anak masing-masing sambil menunaikan amanah dan tanggungjawab di tempat kerja.

Sunday, September 11, 2016

Travelling dalam tempoh fasa penyusuan

Blog bersawang. Tolong!
Huuuu. Ni Kak Erin copy apa yang di share kat FB ye. Supaya blog di tak hidup segan mati tak mahu :)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kak Erin sangat kagum tau, tengok mommy usung bag susu ke hulu ke hilir. Eh eh bukan handbag untuk bergaya tau.

Been there done that. Itu satu kegigihan tak berbelah bagi. Bertabahlah at least 2 tahun mommy inshaAllah.

Kak Erin dulu, bukan setakat bag susu, coleman ada roda tu Kak Erin hangkut utara selatan timur barat kalau travel. Orang mesti tanya kau nak bawa balik ikan, udang dan lobster ke. Nasiblah labooo.
Some tips untuk mommy yang travelling without baby yang masih dalam duration penyusuan :

1) Avoid bertukar tempat tinggal semasa travelling. Senang nak kawtim dengan hotel/accomodation tumpang chiller dan freezer dia.

2) Guna Techni Ice. Sila google kalau tak berapa familiar. Ini untuk jimat ruang. Dia ialah sheet nipis asal usul nya. Bila rendam taadaa jadi gebu, kita campak freezer jadi ice lah dia.

3) Schedule bebetul travelling time. Asingkan portion mana nak freeze, portion mana nak chill sahaja. Depending berapa lama duration travelling days kita. Ni panjang lebar kupasan dia. Kang start kang, lusa baru habis cerita.

4) Bawaklah kit lain macam marker, selotep besar, extra towels (or boleh guna baju sendiri). Senang nak packing bawak pulang stok berlian berharga kita.

5) Mesti cerewet dalam usaha memilih flight time. Tak boleh aci redah je. Sometimes kena berkorban pilih tiket agak mahal untuk dapatkan masa sesuai. Supaya stok susu selamat diterbangkan.

Ni gambar trobek. Ninja kecik umur dah 2 tahun setengah. So dah 6 bulan lah handbag medela dan coleman berehat.
Tak tau lah kot tahun depan boleh charge battery medela semula. Ehhhh.




Friday, June 17, 2016

Kalau anak tak sihat time raya, mmg ke laut mood raya tak gitu?


Siapa kat sini, saudara-mara dia selalu merintih dan berduka sebab anak-anak mereka selalu batuk dan selsema. Hari ni batuk, lagi 2 hari ok sedikit, tulat batuk selsema semula?​ Lepas tu, mudah sangat sangat demam? Lepas tu, budak kecil ni terutamanya yang bawah setahun umurnya kan tak disarankan sangat consume ubat/drugs. Kalau yang lebih dari umur setahun pulak, bukan main susah nak makan ubat. Kena tawaf satu rumah baru dapat tangkap dia bagi ubat :)

Kalau ada, awak boleh cuba alternatif guna bahan-bahan semulajadi. Sebenarnya kalau awak gunakan bahan semulajadi sebagai askar paling depan dalam kesihatan keluarga, itu lagi terbaik.

Macam Nyaman Oil ni, memang dah diformulasikan untuk kegunaan 4 dalam 1. Combo gitu. Batuk, selsema, demam dan sakit perut. Ini 4 memang sangat common pada anak-anak kecil kan kan. Mudah saja nak guna, buka penutup, titik dan sapu. Siap.

Dan ianya tak panas pun. Selamat digunakan untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Kan dibuat dari tumbuh-tumbuhan, takyah pening kepala apa drugs atau bahan kimia yang ada dalam tu. Tidak ada sama sekali.

Awa mesti fikir bau dia macam minyak angin kan? Awak silap! Hehe. Bau dia nyaman seperti namanya. Orang stress pun boleh reda tau inshaAllah.

Sebab apa bau dia nyaman?
Sebab ia dibuat dari pati minyak tumbuhan terpilih yang best bau dia. Pati minyak tumbuhan ni molekul dia sangat sangat halus, boleh menembusi kulit dengan sangat effektif. Sebab tu guna Nyaman Oil ni, hanya perlu sapu saja.​

Salah satu minyak terpilih tu termasuk lah Peppermint. Kan segar tu. Kalau nak tahu, peppermint ni sangat terbukti untuk bantu kesihatan penghadaman/perut, bantu redakan pernafasan dan juga agen penuruh suhu.

Selain itu ada minyak pati Lemon. Lemon ni pun dah diketahui ramai sebagai buah-buahan yang sangat baik untuk kesihatan. Kalau tak, takkan orang minum air lemon hari-hari nak dapatkan kebaikan buah lemon kan?

Dan juga ada minyak pati Lavender which terkenal dengan aroma yang menenangkan. Sebab tu kalau stress pun boleh guna Nyaman Oil :)

Ada lagi 2 bahan utama minyak pati lain. Tapi ini secret resepi lah. He..he..he

Pastu ada base oil atau ada sesetengah orang panggil carrier oil. Ini adalah kerana minyak pati sangat sangat concentrated. Dah nama pun pati kan, so base oil ni bertindak untuk dilute kan sedikit, maka ianya boleh digunakan secara direct atas kulit anda.





Macam yang dah mention tadi, nak guna Nyaman Oil ni hanya perlu sapu sahaja. Jgn pening nak fikir cara lain ok. Tempat nak sapu bergantung lah. Kalau batuk & selsema sapu pada dada dan belakang​, kalau sakit perut sapu lah di perut. Tapi..tapi..tapi...ada satu tempat yang WAJIB sapu iaitu di tapak kaki. Tak kisah lah batuk ke selsema ke demam ke. Sebab tapak kaki ada semua point reflexology dan saraf-saraf kita berkait di tapak kaki. Faham..faham?

Dan disebabkan Nyaman Oil ni membantu anda secara semulajadi, jangan lah expect awak pakai sehari sekali lepas tu terus lega dan sihat! Nehi..nehi! Awak kena sapu dengan kerap terutamanya kalau memang tangah tak sihat. Ini kalau awak nak dapatkan kesan maksimum lah. Kalau sapu sekali sehari dan tak rasa kesan, jangan cakap akak tak payung yeh. He..he..



Kalau awak rasa ragu-ragu, memang patut pun. Sebab awak tak cuba lagi dan tak rasa lagi kesan dia.
Macam mana nak rasa?
Kena cuba lah :)

Boleh melawat ke Facebook Page --> Narinar Natural
Atau follow kami di Instagram --> narinar.natural
Beli online terus pun boleh --> www.narinarnatural.com

Kami bagi konsultasi percuma lagi tau. Jangan risau, semua keraguan dan persoalan akan kami jawab inshaAllah.